Saturday, October 8, 2011

Usrah: Tutup Aib.

Assalamualaikum wbt. Apa khabar oit? Macam mana dengan amalan kita? Selalu tak kita baca al-Quran? Terlalu sibukkah kita? Kita boleh baca buku lain seperti novel, majalah, dan bahan bacaan lain sampai boleh habiskan buku tersebut tak sampai sebulan tapi satu muka surat al-Quran pun kita tak mampu nak habiskan. Kenapa eh? Hmm. Sama-samalah kita muhasabah diri. Aku pun kadang-kadang lalai juga. Sesungguhnya hati tanpa al-Quran ibarat rumah kosong yang usang. Naudzubillah. Mintak jauh. Dapat baca setengah muka pun jadilah dari tak baca langsung. 
..jangan kamu mencari-cari keaiban orang muslim kerana sesiapa yang mencari keaiban orang muslim Allah akan mendapatkan keaibannya. Sesiapa yang Allah dapat keaibannya, maka didedahkan sekalipun dalam rumahnya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud/ disahihkan al-Albani)
Topik usrah kali ini bertajuk "Tutup aib".

Sebelum itu, aku nak bagi satu situasi. Contohnya, Abu sedang melepak dengan kawannya. Lepas itu, dia cakap, "Weh, semalam aku minum arak dowh." Hmm ok. Apa yang kita dapat lihat melalui apa yang Abu cakap tadi? Secara tidak langsung dia seolah-olah bangga berbuat dengan dosa dan yang paling penting dia telah buka aib dia sendiri. Lepas itu kawan Abu pun hebohkan perbuatannya yang minum arak kepada orang lain. Itu juga berdosa kerana telah buka aib orang lain. Ingin aku kongsikan satu hadis Nabi saw: 
“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim)
Nampak tak bahawa Islam amat mementingkan kita supaya tutup aib kita dan saudara Muslim kita. Kenapa kita sibuk nak bukakkan? 

Nabi s.a.w sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata: 
“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”. (Riwayat Muslim)
Lihatlah bawah Nabi saw bukan diutuskan untuk menghukum manusia seperti mana beberapa kelompok agama dinegara kita yang hanya tahu menghukum bukannya membetulkan. Itu bukannya tugas seorang pendakwah. Berdakwah ikutlah cara Nabi saw.

Dosa kita biarlah kita dan Allah sahaja tahu. Taubat kita hanya Allah sahaja yang tahu. Tak perlu untuk kita menceritakan dosa kita kepada orang lain atau ceritakan dosa orang lain. Apa faedahnya? Suka kita kalau orang malukan kita? Suka ke malukan diri sendiri? Sama-sama fikirkan.

Jom sama-sama kita beringat. Dosa kita sebenarnya ditutup oleh Allah dengan rahmatNya sampai kita boleh berjalan dengan bangga di depan orang ramai seolah kita ini suci. Sebenarnya kita ini tak suci. Penuh dengan dosa. Cuma dosa kita tidak didedahkan kepada manusia sahaja. Kata al-Imam Ahmad dengan linangan airmata ketika dia dimuliakan:  
“Kami ini kesian. Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan terdedah aib kami”.
Akhir sekali, sama-samalah kita befikir sejenak untuk bermuhasabah diri tentang apa yang kita sudah lakukan untuk diri kita dan orang lain. Kita buat baik ke atau buat benda yang tak baik. Kadang-kadang kita syok berborak, kita tak sedar yang kita dah buka aib saudara Muslim kita. Aku pun tak terlepas daripada semua ini. Jadi jomlah sama-sama kita sedar dan berubah. 

No comments:

Post a Comment