Monday, August 30, 2010

Kehidupan di U.S.A.

Assalamualaikum. Kali ini aku nak kongsi sedikit pengalaman aku sebagai seorang Islam yang hidup di negara yang kelompok minoritinya adalah Muslim iaitu USA.

Perkara-perkara yang kita akan fikirkan sebagai orang Islam bila tinggal di negara bukan Islam semestinya tentang makan, minum, dan solat.


Sunday, August 22, 2010

Toilet vs Dakwah.

Seorang Murabbi mendapati mutarabbinya telah mulai menjauhkan diri daripada usrah, katibah dsb. Bila ditanya kenapa? Disebabkan ‘bisnes’...!

Bisnesnya telah maju dan mulai sibuk menguruskannya saban hari. Tiada lagi ruang untuk menumpukan kepada perkara lain kerana bimbang bisnesnya akan terjejas. Siang dan malam dia akan pastikan semua urusan bisnesnya berjalan lancar. Waktu siang dihabiskan untuk mengawal selia marketnya yang begitu sibuk dengan pelanggan yang berpusu-pusu datang hingga lewat malam, sedangkan waktu malam pula diuntukkan bagi mengemaskini wang yang diperolehi di siang harinya. Begitulah sepanjang-panjang hari dalam seminggu dan bulan.

Murabbinya lantas menziarahinya ke tempat bisnes. Dia menyambut dengan baik tetapi diselaputi kerisauan yang mendalam, bimbang akan ditanya perihalnya dengan dakwahnya. Akhirnya dia berterus terang saja dengan memberi alasan bahawa dia tidak mampu untuk membiarkan urusan bisnesnya diurus oleh pekerja-pekerjanya tanpa pemantauan daripadanya sendiri. Dia perlu sentiasa bersama pekerja-pekerjanya pada setiap masa.

Murabbi yang bijaksana telah bertanya…”Sedang saudara memantau pekerja-pekerja saudara keluar masuk melaksanakan kerja mengikut yang disuruh, tiba-tiba perut saudara sakit dan perlu segera ke toilet bagi melegakannya; apa yang saudara akan lakukan?” Dia menjawab sudah tentu saya akan ke toilet dengan segera kerana itu adalah keperluan mendesak yang tidak boleh dikompromi, makruuf yang akhi. Murabbinya lantas menyatakan: “Kalau demikian halnya, saudara telah menjadikan amal dakwah ini kurang pentingnya berbanding urusan saudara ke toilet. Ke toilet saudara kata penting dan perlu kerananya bisnes mesti ditinggalkan. Tahukah saudara yang selama ini saudara telah meletakkan amal dakwah ini lebih rendah daripada martabat urusan saudara ke bilik air/tandas?”

Dengan jawapan Murabbinya, dia insaf dan kembali meletakkan dakwahnya di tempatnya yang paling tinggi dalam hidupnya. Sejak hari itu dia tidak lagi menguzurkan dirinya daripada menghadirkan dirinya ke program-program dakwah dan tarbiahnya. Semoga ia menjadi pengajaran bagi kita semua InsyaAllah.

Sumber : Klik sini.

Saturday, August 21, 2010

Keliru tentang solat sunat Terawih?

1. Sebenarnya, solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha:
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. Rasulullah S.A.W keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah Rasulullah S.A.W wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Friday, August 20, 2010

Bagaimana Puasa Kita?

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Nabi S.A.W mengingatkan kita bahawa di kalangan orang yang berpuasa, ada yang tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Dan di sana pula terdapat golongan yang berpuasa dan memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan. Di dalam spektrum yang begitu luas, di manakah kita?

Diam Kerana Allah swt.

Assalamualaikum wbt.

Apa yang anda lakukan sekiranya anda sedang bertengkar mulut atau berdebat dengan orang yang jahil sehingga perdebatan tersebut jadi hilang hujung pangkalnya? 'Tension' bukan?

Namun begitu, ada jalan penyelesaiannya. Tapi, apa dia?

Wednesday, August 18, 2010

Belum masanya, biar jadi 'Gay' atau 'Lesbian'.

SEORANG PEREMPUAN
  • Seorang perempuan yang tidak bermanja dengan ibubapa dan rakan-rakan perempuannya akan cenderung bermanja dengan insan bernama lelaki.
  • Seorang perempuan yang tidak mengadu dengan ibubapa dan rakan-rakan perempuannya akan cenderung mengadu pada insan bernama lelaki.
  • Seorang perempuan yang tidak rapat dengan kawan-kawan perempuan akan cenderung berasa sunyi dan ingin disayangi oleh insan bernama lelaki.
  • Seorang perempuan yang ‘kuat dalaman’nya juga akan tersentuh hati dan jiwanya jika yang mengambil berat tentang dirinya adalah insan bernama lelaki.
  • Seorang perempuan yang ‘kuat dalaman’nya juga mempunyai naluri untuk dilindungi dan disayangi insan bernama lelaki.
  • Jika perempuan tidak melepaskan fitrahnya (bermanja, mengadu, bercerita dan berkongsi masalah) kepada sesama kawan-kawan perempuannya, dia akan cenderung di’tackle’ oleh insan bernama lelaki.
  • Wahai kaum Hawa, bermanjalah dengan ibubapa dan sesama Hawa. Jangan dihirau orang berkata-kata.
  • Wahai kaum Hawa, mengadulah cerita pada sesama Hawa. Jangan malu untuk menangis dan berkongsi tawa.
  • Wahai kaum Hawa, jagalah dirimu sebelum lelaki menindas perasaan dan jiwa.
  • Serahkan segalanya pada insan bernama suami sahaja.
ADA PERBEZAAN KETARA ANTARA HUBUNGAN ADAM-ADAM DAN HAWA-HAWA.
  • Jika Adam-Adam bermesra dan rapat berkongsi cerita, mereka dianggap ‘tidak normal’ dan gila. Atau mungkin istilah yang lebih tepat, “GAY” dan sebagainya.
  • Jika Hawa-Hawa bermesra dan berpeluk tawa, mereka dianggap adik-beradik yang bahagia.
  • Jika Adam-Adam berjalan berdua ke sini dan ke sana, mereka dianggap ‘tidak normal’, ‘GAY’ dan sebagainya.
  • Jika Hawa-Hawa berkepit berdua ke sini dan ke sana, mereka dianggap ‘sweet’, comel dan sebagainya.
  • Jika Hawa-Hawa boleh gembira tanpa lelaki di sisi mereka, kenapa Adam-Adam tidak boleh ‘santai sahaja’ tanpa perempuan di sisi mereka?
KENAPA?
  • Anda telah memaksa Adam mencari Hawa! Bosan dengan Hawa pertama, Adam cari Hawa yang seterusnya!
  • Anda telah memaksa Adam mencari pasangannya, walaupun Adam belum mahu berkahwin dan berumahtangga!
  • Anda telah memaksa Adam korbankan masa lelakinya, kerana dia terpaksa melayan dan memberi kepada Hawa!

Sumber: Klik sini.

Saturday, August 14, 2010

Jangan Buruk Sangka!

Dalam peluang kali ini saya ingin berkongsi sebuah nasihat dari al-Qur’an, iaitu ayat 12 surah al-Hujurat. Dalam ayat tersebut Allah SWT berfirman, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

Friday, August 13, 2010

Kita jadi kanak-kanak terlalu lama?

Lihat kepada sejarah, pada usia apakah tokoh-tokoh sanjungan kita berhenti menjadi kanak-kanak?

Tuesday, January 5, 2010

Muqaddimah saya.

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar iman anda hari ini? Harap semuanya baik belaka. Untuk pengetahuan anda semua, ini adalah post saya yang pertama untuk blog ini. Oleh itu, dalam post ini, saya akan menceritakan sedikit tentang diri saya.