Sunday, October 2, 2011

Usrah: Jual beli.

Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya telah bersabda Rasulullah SAW: 
"Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya."- Hadis riwayat Imam Muslim.
Pada usrah yang lepas hadis diatas merupakan salah satu perkara yang kami bincangkan.
"Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya."
Kami berbincang tentang makna potongan hadis diatas tentang 'jual beli'. Hadis tersebut menceritakan bahawa setiap manusia itu berusaha. Bereti tiada manusia dalam dunia ini tidak berusaha. Kita tidak akan melihat seseorang yang berdiri kaku tidak berbuat apa-apa melainkan dia itu mayat yakni sudah mati. Selagi manusi itu masih bernafas, dia pasti berusaha. Tak kisahlah berusaha ke arah mana pun.

Kemudian hadis tersebut mengatakan seolah-olah setiap manusia itu berjual beli. Ada yang memelihara dan ada yang mebinasakan dirinya dengan jual beli tersebut. Apa maksud berjual beli?

Jual beli disini bererti siapa yang berbuat kebaikan untuk dirinya dan orang lain bermakna dia telah membuat jual beli dengan Alla swt. Manakala sesiapa yang berbuat kejahatan bererti dia sedang berjual beli dengan syaitan. Sudah nampak?

Sebenarnya, hidup kita ini telah diberi pilihan. Sama ada kita hendakkan kebaikan ataupun keburukan. Hanya kita sahajalah yang memilih perjalanan hidup kita. Persoalannya Syurga atau Neraka?


Terdapat beberapa ayat al-Quran yang mempunyai kaitan dengan 'jual beli' ini. Antaranya:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (at-Taubah: 111)
"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah." (al-Baqarah: 16)
Jadi, maksud memerdekakan diri dalam hadis tersebut membawa makna apabila seseorang itu berbuat kebaikan atau jual beli dengan Allah swt bererti dia telah memerdekakan atau bebaskan dirinya dari azab api Neraka.

Maksud membinasakan diri pula bererti siapa yang melakukan kejahatan sama seperti dia berjual beli dengan syaitan dan itu hanya mebinasakan dirinya dengan api Neraka. Naudzubillah.

Akhir sekali, ingin saya kongsikan satu hadis Qudsi yang boleh sama-sama kita renungkan agar dapat memuhasabahkan diri kita ini yang penuh dengan dosa. Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata :
"Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai. 

Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu. 

Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan. 

Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu. 

Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu. 

Wahai hamba-hambaku! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.

Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu. 

Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu. 

Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut. 

Wahai hamba-hambaku! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri.
"- Hadis riwayat Imam Muslim.

No comments:

Post a Comment