Friday, September 30, 2011

Matang dan Ulul Albab.


Assalamualaikum. What's up everyone? Haha. Ok post kali ini aku macam nak tulis dan hurai tentang satu perkataan iaitu 'Matang'. This is merely based on my opinion je. So anyone can come out with their own opinion. Kita patut raikan perbezaan pendapat. 

Terdapat banyak definisi tentang 'Matang' yang diberikan kita semua. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka:
“Maksud matang yang pertama ialah sudah masak; sudah cukup besar atau sudah cukup tua. Maksud yang kedua ialah sudah banyak pengetahuan atau pengalamannya; banyak mengetahui serta memahami sesuatu”.
Pada kita, apabila kita lihat seseorang itu tak banyak cakap, tak suka bergaul dengan orang, suka buat kerja sendiri, itu kita kata matang. Ada juga yang katakan seseorang itu matang apabila dah ada pasangan walaupun buat benda yang tak halal. Kalau ada siapa sahaja yang 'kacau' hubungan mereka terus dilabel tak matang. Well, I've seen this before. Biasanya in school life lah benda ini berlaku. Even in college life

Selain itu, ada yang katakan pengalaman seseorang itu mematangkan dirinya. Usia bukan lagi ukuran. Ada yang usianya tua tapi perangainya kurang matang dan ada juga orang yang usianya muda tapi perangai dan pemikiranya matang ibarat orang tua. Well, ada banyak lagi definisi yang diberikan orang ramai tentang matang ini. Saya rasa ramai mempunyai definisi yang tersendiri tentang matang.

Tapi kan ada juga orang yang berkelulusan tinggi tapi kurang matang. Ada pula jenis yang perasan dirinya matang, padahal dari segi akhlak dan hati dah nampak dah ketidakmatangannya.(ada ke perkataan ni? Haha) Jadi, kelulusan yang tinggi belum menjamin kematangan seseorang itu.

Namun begitu, dalam al-Quran ada tak sebut pasal matang or pemikiran matang? Bagi yang selalu baca Quran mesti tau. Bagi tak selalu macam aku kenalah menalaah sikit Quran. 

Dalam al-Quran, istilah yang digunakan adalah 'Ulul Albab'. Bukan Ahmad Albab ye. Haha.
Perkataan ‘Ulul Albab’ disebut dalam al-Quran sebanyak 16 kali. Hampir keseluruhan para mufassirin atau ahli tafsir ini bersepakat bahawa perkataan ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat. Kemuncaknya mereka akan menemui hakikat kebenaran yang menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Allah swt ada beritahu kita tentang sifat orang yang Ulul Albab ini. Firman Allah swt; (maksudnya)
"..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu. (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab" (al-Zumar: 17-18)
Jadi, puak yang menelan apa sahaja berita yang didengar lepas itu sebarkan tanpa nak menilai dulu bukan dari golongan Ulul Albab. Ada juga puak yang jenis taksub melampau tak nak dengar cakap orang lain, nak dengar cakap kumpulan, jemaah, dan parti dia sahaja. Puak macam ini adalah orang yang tak dapat petunjuk Allah swt. Nak jadi Ulul Albab kena dengar semua pendapat tak kisahlah dari mana pun. Lepas itu, nilailah dengan terbaik menggunakan akal dan fikiran yang waras. Nak taksub buat apa lah. Hodoh je.

al-Quran banyak sebut pasal Ulul Albab ini. Antaranya:
"Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa." (al-Baqarah: 179)
Dalam ayat diatas, Allah swt menyatakan bahawa hukuman Qisas itu pada Ulul Albab adalah satu kehidupan. Kenapa? Pada kita Qisas itu kan balas bunuh. Kita tangkap seseorang, kemudian kita bunuh dia. Apa yang berlaku di depan kita adalah satu kematian telah berlaku. Tapi bagi Ulul Albab, satu kehidupan sedang berlaku. Kenapa? Sebabnya, diselamatkan kehidupan manusia lain dengan membunuhnya pembunuh. Subhanallah.

Orang yang Ulul Albab mempunyai pemikiran yang sentiasa berfikir lebih jauh dan menyelamatkan manusia didunia dan diakhirat. Dalam hadis riwayat Imam Muslim, apabila Nabi saw bangun di tengah malam sebelum tahajjud, Baginda akan pandang ke langit lalu berkata dengan firman Allah swt:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (al-Imran: 190-191)
Firman Allah swt lagi:
"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." (al-Baqarah: 269)
Jadi, akhir kata sama-samalah kita berusaha untuk memiliki pemikiran seperti Ulul Albab ini. Pemikiran matang yang Islam hendak terhadap umatnya. Janganlah rasa berlagak seolah diri itu matang kalau tak dapat nak buat apa yang al-Quran ceritakan tentang Ulul Albab ini.

Insya'Allah jumpa di post akan datang. Sesungguhnya peringatan ini adalah untuk diri saya sendiri dan orang lain juga. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment