Thursday, June 14, 2012

Kehilangan.

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Lama dah aku tak update blog. Sibuk sikit kebelakangan ini. Sekarang ini aku dah kat Malaysia untuk cuti summer. Harap-harap dapat aku gunakan cuti ini dengan sebaiknya.

Namun tak sampai seminggu aku di sini, aku telah kehilangan sesorang iaitu nenek aku. Aku memang dah tahu lama yang nenek aku tak sihat. Patutlah hati rasa memang nak balik. Niat asal nak balik second summer. Since tiket mahal sangat jadi aku ambil keputusan untuk balik full summer saja.

Sebelum nenek aku meninggal sempat aku jumpa dia dan aku tengok dia macam sihat saja. Mak aku pula suruh aku bawa camera untuk bergambar dengan nenek aku untuk kenangan. Aku pun ambil gambar macam biasa. Tak sangka pula esoknya dia meninggalkan kami selama-lamanya. Gambar yang aku ambil dengan dia adalah yang terakhir. Memang rezeki aku rasanya. Mungkin dia tunggu aku balik sebelum dia pergi. Allah Maha mengetahui.

Pengajarannya di sini, kita takkan tahu bila ajal kita akan datang. Jadi kita sepatutnya persiapkan diri kita dengan amal soleh supaya dapat menyelamatkan kita di alam kubur dan alam akhirat. Hali ini kerana, setiap insan yang masih hidup adalah mencari bekalan akhirat, maka salah satu jalan untuk memperolehi bekalan akhirat adalah "Taqwa".

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 197 :


وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ
"Dan mencari bekallah kamu, dan sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa"


Kita semua yakin bahawa semua makhluk yang hidup manusia, haiwan, jin, syaitan mahupun malaikat  pasti akan merasai mati. Seperti firman Allah di dalam surat Al-'Imraan ayat 185 :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati".

Akan tetapi kita dapat lihat ramai orang termasuk diri aku ini takut akan mati. Kenapa? Kenapa kita takut mati? Kita takut mungkin kerana kita sedar bahawa amalan kita tak banyak mana. Takut tak dapat menyelamatkan kita selepas mati nanti. Namun aku teringat akan dialog diantara Khalifah Sulaiman Bin Abdul Malik dengan Abu Hazim Salamah Bin Dinar apabila dia ditanya oleh Khalifah tentang mengapa insan itu takut akan mati. Sungguh simple dan bermakna jawapan yang diberikan oleh Abu Hazim. Katanya:

"Kamu telah memakmurkan dunia kamu dan memusnahkan akhirat kamu, tentulah kamu tidak suka keluar dari rumah yang cantik dan tinggal di rumah yang buruk dan musnah."
Kita mungkin sibuk dengan kerja kita di dunia ini namun janganlah kesibukan kita itu melupakan matlamat kita hidup di dunia ini iaitu mencari bekalan untuk akhirat nanti. Wallahu'alam. 

Al-Fatihah untuk nenek aku.

1 comment: