Tuesday, October 21, 2014

Monolog #3: Al-'Ain

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni aku ada dengar ceramah Mufti Menk pasal Evil Eye atau Al-'Ain. Apa benda tu?

Al-'Ain ialah suatu penyakit ghaib yang berlaku kerana pengaruh buruk pandangan mata yang disertai dengan rasa takjub atau dengki dan hasad terhadap apa yang dilihatnya. Agak sukar untuk dijelaskan oleh dunia perubatan moden. 

Dalam ceramah tu Mufti Menk pesan supaya kita jangan selalu upload gambar yang tidak sepatutnya di media seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan lain-lain. Ramai orang berasa derita dan sengsara. Kenapa? Kerana Al-'Ain. 

Dalam hadis daripada Ibn 'Abbas bahawa Nabi saw bersabda:
"'Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu akan didahului oleh 'ain. Apabila kalian diminta untuk mandi, makan mandilah." (Riwayat Muslim)
Secara tidak sengaja kita telah membawa al-'Ain melalui pandangan orang lain. Bagaimana? 

Cuba bayangkan setiap kali kita makan makanan dan minuman yang mewah kita upload di Instagram. Setiap kali kita pergi tempat mewah kita share di Facebook. Jangan terkejut. Ada je orang macam ni.

Jom usha surah Yusuf jap. 
Dan ia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlain- lain… (Surah Yusuf:67) 
Bapanya berkara: "Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. (Surah Yusuf:5)
Dua ayat dari surah Yusuf ini boleh kita ambil pengajaran berkaitan penyakit al-'Ain. Aku harap korang boleh relate lah ye. 

Semua benda ni nak elakkan perasaan cemburu dan dengki orang lain terhadap kita. Kadang-kadang kita tak perasan atau mungkin tak ambil tahu pun. 

Jadi, fikirlah dua tiga empat kali sebelum nak upload gambar kat media sosial macam Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi.

Bukan nak suruh kita pisahkan diri kita dengan teknologi. Bukan nak suruh korang deactivate Facebook. Gunalah media sosial itu dengan sebaiknya. Gunakan untuk kebaikan diri kita dan orang lain. Jangan guna sampai benda itu memusnahkan diri kita sendiri.

Aku tahu, kita upload gambar kadang-kadang kita nak share kat kawan-kawan kita. Tak semua. Mungkin beberapa kawan saja. Tapi yang melihatnya ramai. 

Bayangkan kita upload gambar barangan mahal yang baru kita beli. Mungkin ada orang yang melihatnya amat mengidamkan barang yang kita beli tu. Diorang mungkin bekerja keras untuk dapatkan barang tersebut sedangkan kita dengan senang je boleh membelinya. 

Adakah meraka yang melihatnya takkan rasa apa-apa dalam hatinya? Akan ada masa meraka akan ada perasaan yang kurang senang dengan kita. 

Meraka mungkin kata, "Tengoklah mamat ni. Semua benda dia boleh dapat macam tu je. Dah macam syurga dunia. Aku kena kerja keras kot nak dapatkan benda tu. Heh." 

Tapi apa yang mereka lihat hanyalah benda sedap yang kita share. Sedangkan mereka tidak tahu masalah yang kita hadapai didunia ni. Kenapa mereka berperasaan begitu? Kerana hasad dan iri hati. Well, kita juga yang mempelawa perasaan tersebut dalam hati mereka sehingga akhirnya membinasakan kita. 

Tak salah sebenarnya nak share kegembiraan pada orang lain. Tapi tak perlu sampai begitu detail sehingga boleh buat orang ada perasaan cemburu pada kita. 

Katalah, "Alhamdulillah hari ini saya gembira kerana dapat beg baru." 

Jangan kata, "Alhamdulillah hari saya gembira dapat beg baru jenama Coach berharga RM4000."

Kalau nak share pun mungkin boleh share dengan orang terdekat kita saja. Ok?

Keterangan lanjut mengenai penyakit al-'Ain boleh klik sini.

Semoga Allah selamatkan kita dari penyakit al-'Ain. Assalamualaikum!

P/S: Kepada yang dah dapat kerja tu janganlah post gambar selfie anda sedang bekerja. :(

No comments:

Post a Comment