Sunday, October 19, 2014

Monolog #1: Anjing

Assalamualaikum wbt. Apa khabar?

Ni ha...kecoh seluruh Malaysia pasal kempen 'I want to touch a dog'. Maka ramailah Melayu yang melompat, melenting dan tak senang duduk dikala melihat ramai orang Melayu yang pergi sentuh makhluk Allah bernama anjing.

Secara peribadi, aku takdelah condemn kempen tu dan aku takdelah setuju secara keseluruhannya. Cumanya, cuba ambil benda ini dari sudut positif. Jangan sempitkan ruang pemikiran. Berdasarkan apa yang aku baca, kempen tersebut hanyalah untuk membetulkan padangan orang Melayu kita terhadap anjing. Bukannya diorang kempen 'I want to pet a dog'. Itu memang aku tak setuju.

Soal hukum berkaitan isu ini korang boleh pergi rujuk di sini.

Masalahnya sekarang kenapa orang Melayu suka besarkan isu yang bagi aku kecil je pun. Kau sentuh anjing pun boleh basuh weh. 
"Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuk kali. Salah satunya dengan tanah." - Riwayat al-Bukhari
Tu haa kat TV banyak sangat rancangan yang bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tergedik sana sini. Terlompat sana sini. Benda tu pun dah lama berlaku dikalangan masyarakat kita. Persoalannya kenapa ramai yang tidak sensitif? Tak melenting pula.

Bila ada orang Melayu pegang anjing dan babi mulalah kita tak senang duduk. Katanya ini tidak menghormati sensitiviti orang Islam lah apa lah. Tapi bila tengok artis kesayangan berpelukan dan berpegang tangan mereka kata, "Sweetnya diorang..." Heh!

Pegang anjing tidak berdosa pun walaupun ada yang mengatakan pegang anjing itu haram kerana ia najis. Adoi, kalau macam tu cuci najis sendiri pun berdosa. Kesian doktor veterinar kerana setiap hari mereka pasti bersentuhan dengan anjing. Banyak dosa mereka.

Akhir kata, janganlah kita terlalu fokus kepada isu-isu sebegini. Bukan bermakna aku menggalakkan orang Islam bela anjing ye. Cumanya aku nak tegaskan yang ada banyak lagi isu-isu yang besar yang memerlukan perhatian kita. 

Banyak lagi benda haram yang jelas dan nyata yang berlaku dikalangan masyarakat kita. Contohnya, rasuah, riba, arak, judi, dan zina. Itu semua benda yang terang-terang haram dan berdosa. Bukan setakat haram pegang bahkan haram juga untuk mendekatinya. Tapi tidak pun dibesarkan atau diviralkan isunya seperti isu anjing ni. Hmm jom kita muhasabah bersama. 

Akhir sekali...eh dah dua kali akhir dah. Ini hanyalah pandangan peribadi aku semata. Boleh jadi betul boleh jadi salah. Semua orang boleh setuju atau tidak setuju dengan pandangan aku. Takde masalah. Kalau ada pandangan yang berbeza boleh suarakan. I'm cool with it. :)

Ok dah. Stop di sini. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment