Monday, October 20, 2014

Monolog #2: Usrah

Assalamualaikum wbt.

Hmm nak bermonolog pasal usrah pula kali ni.

Sejarah aku dengan usrah ni tkdelah hebat mana. Boleh dikatakan aku masih lagi mentah. Kali pertama aku dipelawa untuk ikut usrah pun aku pergi sebab naqib nak belanja makan malam disamping nak berta'aruf. Malangnya ia berhenti disitu saja. Lepas tu dah takde makan free. Lalu aku pun flee. Hehe. Kesian naqib tu yang sanggup berkorban membazirkan top up dia dengan sentiasa SMS aku ajak ikut usrah.

Kemudian, dah fly pi Amerika baru gelabah nak cari usrah. Nasib baiklah ada. Itulah kali pertama aku ikut benda usrah tarbiyah ni. Usrah aku tu best. Satu bulatan gembira tu ada dalam berbelas-belas orang. Memang syok. Haha.

Aku suka usrah yang ada two-way communication. Baru tak bosan. Masing-masing boleh bercakap beri tazkirah antara satu sama lain.

Aku tak suka usrah yang one-way communication. Mostly usrah online. Seorang saja yang bercakap. Lain kena senyap. Nak pula yang bercakap tu pun tak reti nak berhenti. Bagi aku kalau macam tu baik aku dengar ceramah-ceramah kat YouTube je. Ntahlah. Maybe preference aku je kot tak minat usrah online ni.

Adoi aku sebenarnya bukan nak cerita pasal sejarah usrah aku. Emm aku nak cerita pasal lain. Tapi ada kaitan dengan usrah. Begini ceritanya....

Pada aku, dulu memanglah syok ikut usrah. Setiap minggu memang tak sabar nak tunggu Jumaat malam. Pasal ada usrah. Nak pula ada yang sedekah makanan. Memang melompatlah.

Bila dah lama join usrah, kadang-kadang aku rasa macam gagal. Maksudnya aku yang gagal. Iyelah, aku ikut usrah tiap minggu konon nak mentarbiyah diri. Tapi orang keliling aku biar macam tu je tanpa tarbiyah. Kalau keluar pun selalu dengan lingkungan budak-budak usrah. Tak mingle dengan community. Sampai ada yang kata, "Tu ha geng usrah nak pi main bola. Tu ha geng usrah nak pi makan."

Iye apa yang kita buat itu adalah ukhuwah. Tapi kalau sampai dah ada distinction between kita dengan masyarakat lain macam mana dakwah nak sampai kat diorang? Lebih teruk dan kesian lagi bila kita selalu pergi berusrah, berukhuwah, berdaurah apa semua tapi housemate kat rumah kita buat dia macam tak wujud je. Apa cerita?

Usrah tidak didik kita untuk pentingkan diri sendiri. Usrah sepatutnya membantu kita membaiki diri kita sendiri dan seterusnya membaiki orang keliling kita. Dalam usrah cakap lebat nak ubah masyarakat tapi dengan housemate seorang pun hang tak dapat nak tolong.

Akhir sekali, bila dah join usrah nanti jangan fikir, "Aku nak ubah diri aku jadi baik pasal aku nak masuk Syurga seorang diri." Ikutlah usrah dengan matlamat untuk ubah diri kita dan orang sekeliling kita. Tak usah fikir jauh sangat. Cukuplah mula dengan keluarga dan rakan sekeliling ni ha.

Budak usrah yang power bukan dinilai pada berapa banyak daurah dia dah pergi, berapa jauh program tarbiyah yang dia ikut, dan berapa banyak usrah yang dia bawa.

Nak tengok budak usrah yang power tengoklah berapa ramai orang yang telah dia tarbiyahkan melalui hasil tarbiyah yang dia terima. Itu barulah power! Hoho.

Ok dah. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment