Sunday, March 25, 2012

Agama Itu Nasihat. [III]

Sambungan syarah hadis...

3. Nasihat untuk Rasulullah SAW.

Selain itu, sentiasa berusaha untuk mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW kerana yakin bahawa terdapat keberkatan dalam sunnah Baginda SAW.

Maksud nasihat untuk Rasulullah SAW adalah dengan mengimani kerasulan Nabi SAW serta meyakini bahawa baginda adalah sebaik-baik makhluk dan kekasih Allah SWT. Mempunyai rasa cinta yang tinggi terhadap Nabi SAW seperti mana firman Allah SWT:
(Qs Ali ‘Imran/3:31)
Katakanlah (hai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), nescaya kalian dicintai Allah”. (Surah Ali ‘Imran: 31)

4. Nasihat Untuk Pemimpin Kaum Muslimin.

Pemimpin kaum Muslimin yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah para penguasa, wakil-wakilnya, atau para ulama'. Allah SWT berfirman:
(QS. An-Nisaa’: 59)
Hai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allâh, taatlah kepada Rasul dan penguasa dari kalian. (Surah An-Nisaa’: 59)
Maksud nasihat untuk pemimpin di sini ialah dengan mecintai kebenaran, kebaikan, dan keadilannya bukan kerana individunya atau dari jemaah mana dia datang. Nasihat untuk pemimpin juga boleh kita laksanakan dengan membantu mereka agar sentiasa berada di jalan kebenaran yakni Islam, mentaati mereka selagi mana mereka tidak menyuruh berbuat maksiat, dan menasihat mereka dengan cara yang baik dan berhikmah.

Para ulama' juga memainkan peranan yang penting dalam menasihati pemimpin agar sentiasa berhukum dengan hukum Allah SWT dan RasulNya. Ulama' hendaklah sentiasa menasihati dan berani berkata yang benar dihadapan pemimpin mereka. Sabda Nabi SAW:
hadist
Jihad yang paling utama adalah mengatakan keadilan (dalam riwayat lain: kebenaran) di hadapan penguasa yang zalim. [10] 
5. Nasihat untuk kaum Muslimin.

Nasihat untuk kaum Muslimin dan Mukminin di sini bermaksud mengajak atau menasihati dalam berbuat perkara ma'rufdan mencegah daripada perkara munkar. Sentiasa mencintai kebaikan untuk mereka seperti mana dia mencintai dirinya sendiri. Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman” [11]
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[10] Hadis Riwayat Abu Dawud (no. 4344), at-Tirmidzi (no. 2174), dan Ibnu Majah (no. 4011), dari Sahabat Abu Sa’id al-Khudri. Lihat Silsilah al- Ahâdîts ash-Shahîhah, no. 491.
[11] Hadis Riwayat Imam Muslim

No comments:

Post a Comment