Tuesday, August 9, 2011

Ketidakadilan.

Assalamualaikum. Hari ini adalah hari ke 9 puasa. Bulan Ramadhan ini memang betul-betul mengajar aku erti kesabaran. Sabar dengan karenah manusia yang macam apa je.

Dalam hidup ini kalau kita nak diri kita disenangi oleh orang ramai, kita mestilah memiliki rupa paras dan fizikal yang baik. Satu lagi, kita mestilah abaikan prinsip hidup kita dengan mengikut cara hidup orang yang disekeliling kita. Sounds pelik kan? Well, this is the reality. Walaupun tak semua manusia sebegitu. Insya’Allah aku bukan manusia sebegini. Mintak dijauhkan.

Manusia suka menilai sesama manusia hanya pada fizikal seseorang itu. Kalau buruk fizikal seseorang itu, maka segala apa yang dibuatnya baik mahupun buruk akan tetap dipandang serong. Begitulah hakikat hidup ini apabila tiada Islam dalam hati seseorang insan. Apa yang difikir dan dilakukan hanyalah mengikut hawa nafsu dan akal yang tidak sihat. Sedangkan Islam tidak pernah mengajar penganutnya menindas, menzalimi, berlaku tidak adil kepada saudara seIslamnya hanya kerana kecacatan dan kekurangan pada diri saudaranya tidak kira dari segi fizikal mahupun mental. Bahkan Islam mengajar kita bahawa setiap Muslim adalah bersaudara. Seperti sabda Nabi saw:

Seorang Muslim itu adalah saudaranya orang Muslim lainya, janganlah ia menganiaya saudaranya itu, jangan pula menyerahkannya kepada musuh. Barangsiapa memberikan pertolongan pada hajat saudaranya, maka Allah selalu memberikan pertolongan pada hanjat orang itu. Dan barangsiapa melapangkan kepada seorang Muslim akan satu kesusahannya, maka Allah akan melapangkan untuknya kesusahan dari sekian banyak kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutup cela seseorang Muslim maka Allah menutupi celanya pada hari kiamat” - Muttafaq ‘alaih

Amat menyedihkan apabila diri kita diperlakukan sedemikian hanya kerana kekurangan yang berada pada diri kita ini. Mungkin manusia di luar sana menyangka diri mereka adalah makhluk Allah yang sempurna dari segi fizikal dan mental serta bebas daripada dosa. Naudzubillah.

Mudah-mudahan Allah menyedarkan golongan sedemikian agar kita umat Islam akan kembali menjadi kuat sepertimana umat Islam di zaman Rasulullah saw. Ingatlah! Setinggi mana jawatan anda, sebanyak mana sijil PhD anda, semulia mana keturunan anda, dan sekaya mana harta anda bukan bererti anda boleh berlaku sombong dan memandang manusia di sekeliling anda tidak sama. Ingatlah! Allah tidak lihat apa yang kamu miliki didunia ini, tapi Allah melihat amal dan taqwa yang kamu usahakan didunia ini.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Baginda Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu akan tetapi Allah melihat kepada hati perut kamu dan amalan kamu.” - Riwayat Muslim

No comments:

Post a Comment