Saturday, January 14, 2012

Cinta.

Assalamualaikum brothers and sisters. Semoga sahabat semua sihat dari segi iman dan jasmani. Posting kali ini saya nak kongsi tentang satu topik yang sering kali dibicarakan dalam kalangan remaja seperti saya dan rakan-rakan saya yang lain iaitu cinta dan kahwin. Aduh apasal aku boleh tercakap pasal benda ni. 

Cinta.

Cinta itu fitrah. Ia adalah satu perasaan yang Allah swt campakkan dalam hati setiap insan agar dia berkasih sayang sesama mereka. Cinta ini termasuklah cinta kepada ibu bapa, cinta kepada guru, cinta kepada sesama Muslim dan cinta yang paling agung dan mulia ialah cinta kepada Allah swt dan Rasul. Bagaimana pula cinta kepada insan yang berlainan jantina? Salah ke dalam Islam? Pelik ke kalau ada perasaan itu sekarang?

Persoalan itu semua sering bermain diminda sesiapa sahaja yang memiliki perasaan tersebut. Ingat! Islam itu tidak sempit. Ia tidak menghalang atau mematikan fitrah. Jadi seseorang itu tidak salah untuk bercinta TETAPI dengan syarat cinta itu mestilah dipandu dengan batas-batas yang digariskan oleh syariat Islam.

Realiti sekarang cinta mesti dikaitkan dengan couple yang akhirnya menjurus kepada zina. Mungkin inilah sebab dan punca mengapa orang yang sudah semakin kuat agamanya cuba mengharamkan cinta dalam hidupnya, I mean sebelum kahwin. Cinta itu indah, tetapi istilah itu telah dirosakkan oleh manusia yang tidak pandai menjaganya dengan menggunakannya ke jalan yang haram menyebabkan perasaan bercinta itu sendiri dipandang berdosa.

Dalam al-Quran ada disebutkan tidak tentang cinta? Sudah tentu ada. Lihat firman Allah swt:
dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”. (Surah al-Baqarah: 235)
Ayat di atas membicara larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya. Ini kerana hukum edah mempunyai banyak maslahah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.

Kadang-kadang kita mungkin selalu dengar dari orang yang agak anti-cinta ini tentang satu hadis berbunyi:
"Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid."
Hadis ini sebenarnya adalah PALSU. 

Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:
Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis ini maka wajib dipukul dengan keras dan dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan di kalangan ulama ada yang menghalalkan darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis (palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid), lalu Yahya bin Ma‘in berkata: “Darah orang ini halal”
Bahkan ada hadis Nabi saw yang sahih berkaitan cinta. Nabi s.a.w pernah bersimpati dengan Mughith bekas suami Barirah yang masih mencintai isterinya itu. Tangisan dan rayuan cintanya mendapat simpati Nabi s.a.w. Dalam riwayat al-Bukhari daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, katanya:
Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba bernama Mughith. Aku seakan masih terbayang dia mengikuti Barirah dari belakang serta menangis sehingga airmatanya mengalir atas janggutnya. Nabi s.a.w berkata kepada ‘Abbas: “Wahai ‘Abbas, tidakkah kau hairan melihat cintanya Mughith kepada Barirah dan bencinya Barirah kepada Mughith?”. Lalu Nabi s.a.w berkata (kepada Barirah): “Tidak mahukah jika engkau kembali kepadanya”. Barirah berkata: “Apakah engkau memerintahkanku?”. Nabi s.a.w bersabda: “Aku hanya mencadangkan”. Kata Barirah: “Aku tidak memerlukan dia”.
Nabi s.a.w tidak melarang Mughith membuat rayuan cinta, bahkan bersimpati dan cuba memujuk Barirah. Namun Barirah enggan, maka tiada paksaan dalam cinta. 

Begitulah gambaran sebenar Islam tentang cinta yang selama ini kita seakan mengharamkannya sedangkan Islam berikan jalan yang luas asalkan tidak melampaui batas syara'.

Jadi, buat sesiapa yang dah berkenan kat seseorang itu atau dah syok dilamun cinta eloklah cari jalan untuk menghalalkan perhubungan tersebut.  Minta petunjuk Allah swt agar setiap yang kita lakukan bukan menuju murka Allah swt tetapi menuju redha Allah swt.

Ingat, kita tidak boleh menolak cinta kerana ia satu perasaan yang Allah swt letakkan dalam hati kita, namun terpulanglah kepada kita sama ada hendak memandu perasaan cinta itu dengan iman atau dengan nafsu. Redha Allah swt kita cari, murka Allah swt kita jauhi. Sekian.

Beberapa points aku petik di sini.

Topik kahwin menyusul....hehe.

3 comments: