Sunday, August 26, 2012

Summer Summary.

Assalamualaikum wbt. Apa khabar? Sorry lama gila tak update blog. Mungkin sebab malas dan sibuk. Hehe. Basically this post aku nak berkongsi apa yang berlaku sepanjang aku berada di Malaysia. 

Pertama sekali, aku sampai di Malaysia pada 1 Jun 2012 dan ketibaan aku disambut oleh keluarga aku. Memang aku happy gila dapat jumpa family aku walaupun hanya setahun tak jumpa. Harap kalau tiada apa masalah next year Insya’Allah nak balik lagi. Hehe. Misi aku balik Malaysia kali ini ialah aku nak luangkan sepanjang masa aku dengan keluarga dan kawan-kawan aku disamping mencari aoncl. Hehe. 

Sebelum aku balik aku dapat tahu yang nenek aku sakit. So, 2 hari selepas aku tiba mak aku terus bawa aku ziarah nenek aku yang sudah uzur. Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan dia. Mak aku pula suruh aku bawa camera dan ambil gambar dengan nenek aku. Aku dah pelik. Sebelum ini tak pernah pun nak bergambar. Tiba-tiba hari itu nak bergambar pula. Hmm. Well, ditakdirkan Allah selang sahaja beberapa hari dia meninggal dunia… Sekarang aku dah tiada nenek. Rupa-rupanya waktu aku berjumpa and bergambar denganya hari itu adalah saat terakhir aku bersama dia ketika hidup. Seolah-olah Allah memberi aku rezeki untuk bertemu denganya sebelum dia pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Sedih…memang sedih. Al-Fatihah.

Sepanjang aku berada di rumah aku jadi driver kepada mak dan adik aku. Dah tiada apa nak buat dan kereta pun lama tak bawa. So, apa salahnya jalan sana sini bawa family aku. Nak melihat Shah Alam yang bagi aku ada perubahanlah sikit sana sini. Cakap pasal jalan-jalan aku sebenarnya dah plan dah pun aktiviti-aktiviti yang aku akan buat sepanjang aku bercuti dengan kawan-kawan aku. Biasanya kami semua akan bermain Badminton, Frisbee, Bowling dan tengok wayang sama-sama. Kami berkawan rapat sejak sekolah lagi.

Biasanya kalau semua dah balik kami akan lepak di rumah kawan aku Hafiy. Dia akan organize satu BBQ party where dia jemput kawan-kawan lama so that bolehlah keep in touch antara satu sama lain. Di rumah Hafiy ini jugalah tempat kami sekawan lepak bersama main FIFA 12, sleepover, bergosip dan macam-macam lagi.

Sampailah kepada agenda terbesar kami iaitu road trip. Aku dan kawan-kawan dah plan even sebelum balik lagi nak buat road trip and destinasi pilihan ialah Melaka dan PD. Plan memang payah betul. Nak set tarikh kasi semua available satu hal, nak cari tempat tinggal, transportation dan tempat-tempat yang nak lawat pun satu hal. But then, we all buat kerja sama-sama and Alhamdulillah benda ini berjalan ikut apa yang dirancangkan. I would say we all had a very exciting road trip. Sepanjang jalan ada saja cerita pelik. Haha. Macam-macam tempat kami semua pergi. Walaupun dah dua kali pegi. Haha. Penat itu memang penat tapi dapat jalan-jalan bersama itu yang paling seronok kot.

Ramadhan 
Masuk bulan Ramadhan pun ada juga aktivitinya. Selain berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan, masih ada juga aktiviti luar yang kami buat. Biasanya kami semua akan bermain Frisbee di padang belakang Masjid SSAAS Shah Alam, masjid kegemaran aku dan kawan-kawan. Peluang merebut malam Lailatul Qadr juga tak kami lepaskan dengan berqiamulail bersama selepas tak tidur main FIFA 12. Haha. 

Aidilfitri  
Raya tahun ini aku beraya di rumah datuk belah mak aku . Since nenek aku dah tiada jadi datuk aku tinggal seorang dekat kampung. Raya tahun agak lain sedikit tanpa nenek aku. Actually aku masih tak percaya yang nenek aku dah tiada sebab dia meninggal pun secara mengejut. Tiada siapa jangka. Raya tahun ini juga aku beraya tanpa adik aku yang seorang sebab dia dah fly ke US. Alhamdulillah sebelum dia fly sempat juga kami sekeluarga berbuka puasa bersama.

Raya kelima aku pula berangkat pulang ke US. Tipulah kalau aku tak rasa sedih. Memang sedih nak tinggalkan family dan kawan-kawan. Sedih nak meninggalkan segala kenangan yang ada sepanjang 3 bulan bercuti. Tapi adik aku kat US juga jadi kurang sikit sedihnya. Haha.

Sekarang aku dah pun berada di US. Menanti hari untuk kelas bermula dengan harapan semester kali ini lebih baik dari yang lepas. Mohon doa pembaca semua agar Allah mudahkan urusan pembelajaran aku di sini. Akhir kata, selagi hidup dan selagi ada peluang gunakanlah masa yang ada bersama-sama keluarga dan kawan-kawan kerana kita tidak akan boleh hidup tanpa mereka semua. Merekalah tulang belakang kita. OK. Dah habis. Jumpa next post Insya’Allah.

2 comments: