Tuesday, January 5, 2010

Muqaddimah saya.

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar iman anda hari ini? Harap semuanya baik belaka. Untuk pengetahuan anda semua, ini adalah post saya yang pertama untuk blog ini. Oleh itu, dalam post ini, saya akan menceritakan sedikit tentang diri saya.

Nama penuh saya ialah Muhammad Ehsan B. Ismadi. Anda semua boleh panggil saya Ehsan. Dilahirkan pada 4 Mei 1991 di Kuala Lumpur. Bercita-cita ingin menjadi seorang Jurutera Kimia dan seorang Daei yang berjaya di dunia dan akhirat. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran saya di INTEC, UiTM Seksyen 17 dalam program American Degree Foundation selama setahun lebih sebelum menyambung degree saya di Amerika Syarikat. Insya'Allah.

Tujuan saya membuat blog ini bukanlah untuk menceritakan aktiviti harian saya, tetapi sebagai laman untuk saya menyimpan pelbagai artikel-artikel yang menarik untuk perkongsian anda semua. Artikel itu semua mungkin akan diambil dari laman lain dengan meletakkan link asalnya sekali. 

Akhir sekali, saya bukanlah penulis blog yang hebat seperti rakan-rakan saya yang lain. Saya membuat blog ini pun hanya untuk mengumpul pelbagai artikel yang menarik yang saya jumpa di Internet untuk bacaan saya dan rakan-rakan sekalian. Oleh itu, diharap anda semua mampu memberi kerjasama dengan memberikan cadangan dan kritikan yang membina untuk saya memperbaiki sebarang kelemahan dalam blog saya ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment