Monday, April 25, 2011
Saturday, February 19, 2011
Ijma' Ulama'.
Assalamualaikum wbt.
Seperti yang kita semua tahu, Islam itu dibina di atas dalil al-Quran dan as-Sunnah. Kita juga tahu sumber rujukan dalam Islam ada empat iaitu:
Seperti yang kita semua tahu, Islam itu dibina di atas dalil al-Quran dan as-Sunnah. Kita juga tahu sumber rujukan dalam Islam ada empat iaitu:
- al-Quran
- as-Sunnah
- Ijma' Ulama'
- Qias
Saya rasa semua orang tahu apa itu al-Quran dan as-Sunnah. Mungkin ada juga tidak tahu apa itu Ijma' Ulama'.
Monday, August 30, 2010
Kehidupan di U.S.A.
Assalamualaikum. Kali ini aku nak kongsi sedikit pengalaman aku sebagai seorang Islam yang hidup di negara yang kelompok minoritinya adalah Muslim iaitu USA.
Perkara-perkara yang kita akan fikirkan sebagai orang Islam bila tinggal di negara bukan Islam semestinya tentang makan, minum, dan solat.
Perkara-perkara yang kita akan fikirkan sebagai orang Islam bila tinggal di negara bukan Islam semestinya tentang makan, minum, dan solat.
Sunday, August 22, 2010
Toilet vs Dakwah.
Seorang Murabbi mendapati mutarabbinya telah mulai menjauhkan diri daripada usrah, katibah dsb. Bila ditanya kenapa? Disebabkan ‘bisnes’...!
Bisnesnya telah maju dan mulai sibuk menguruskannya saban hari. Tiada lagi ruang untuk menumpukan kepada perkara lain kerana bimbang bisnesnya akan terjejas. Siang dan malam dia akan pastikan semua urusan bisnesnya berjalan lancar. Waktu siang dihabiskan untuk mengawal selia marketnya yang begitu sibuk dengan pelanggan yang berpusu-pusu datang hingga lewat malam, sedangkan waktu malam pula diuntukkan bagi mengemaskini wang yang diperolehi di siang harinya. Begitulah sepanjang-panjang hari dalam seminggu dan bulan.
Murabbinya lantas menziarahinya ke tempat bisnes. Dia menyambut dengan baik tetapi diselaputi kerisauan yang mendalam, bimbang akan ditanya perihalnya dengan dakwahnya. Akhirnya dia berterus terang saja dengan memberi alasan bahawa dia tidak mampu untuk membiarkan urusan bisnesnya diurus oleh pekerja-pekerjanya tanpa pemantauan daripadanya sendiri. Dia perlu sentiasa bersama pekerja-pekerjanya pada setiap masa.
Murabbi yang bijaksana telah bertanya…”Sedang saudara memantau pekerja-pekerja saudara keluar masuk melaksanakan kerja mengikut yang disuruh, tiba-tiba perut saudara sakit dan perlu segera ke toilet bagi melegakannya; apa yang saudara akan lakukan?” Dia menjawab sudah tentu saya akan ke toilet dengan segera kerana itu adalah keperluan mendesak yang tidak boleh dikompromi, makruuf yang akhi. Murabbinya lantas menyatakan: “Kalau demikian halnya, saudara telah menjadikan amal dakwah ini kurang pentingnya berbanding urusan saudara ke toilet. Ke toilet saudara kata penting dan perlu kerananya bisnes mesti ditinggalkan. Tahukah saudara yang selama ini saudara telah meletakkan amal dakwah ini lebih rendah daripada martabat urusan saudara ke bilik air/tandas?”
Dengan jawapan Murabbinya, dia insaf dan kembali meletakkan dakwahnya di tempatnya yang paling tinggi dalam hidupnya. Sejak hari itu dia tidak lagi menguzurkan dirinya daripada menghadirkan dirinya ke program-program dakwah dan tarbiahnya. Semoga ia menjadi pengajaran bagi kita semua InsyaAllah.
Saturday, August 21, 2010
Keliru tentang solat sunat Terawih?
1. Sebenarnya, solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. Rasulullah S.A.W keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah Rasulullah S.A.W wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Subscribe to:
Posts (Atom)