tag:blogger.com,1999:blog-83114443178956387392024-02-19T00:18:46.047-08:00Monolog Seorang AkhiAku tak suka tulis diari tapi aku suka bermonolog. Lalu aku monolog disini.Unknownnoreply@blogger.comBlogger48125tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-83450315011359990112016-01-07T06:34:00.001-08:002016-01-07T06:34:48.889-08:00Ujian...ujian...ujian...Suatu hari Ali berniat untuk berhenti dari melepak dengan kawan-kawan yang terlalu bersosial. Dia nekad untuk berubah dan mahu menggunakan masa senggangnya untuk belajar ilmu Al-Quran.

Syukurlah di hujung kampungnya ada rumah seorang ustaz yang selalu mengajar budak-budak kampung mengaji al-Quran. Ali bercadang untuk berguru dengan ustaz tersebut walaupun jarak rumah ustaz dengan rumahnya boleh tahan jauh juga.

Suatu petang, Ali memulakan perjalanannya ke rumah ustaz dengan menunggang sebuah motorsikal lama milik ayahnya.

Tetapi...ia tidak semudah yang disangka.

Ketika dalam perjalanan Ali bertemu pelbagai jenis ujian. Antaranya:

1. Motor Ali tiba-tiba tayar pancit. Lalu Ali berhenti di workshop berdekatan untuk isi angin.

2. Ada pemandu kereta memandu secara gila sehingga melanggar Ali. Syukur Ali tidak alami apa-apa kecederaan. Tapi motor saja yang rosak. Side mirror patah.

3. Hujan lebat tiba-tiba turun. Ali basah kuyup.

3 ujian je. Tapi ada satu tahap hati Ali pernah dibisik oleh syaitan untuk tidak meneruskan niatnya untuk mengaji al-Quran.

Syaitan mungkin berbisik,

1. "Kau betul ke nak pergi mengaji ni? Macam susah je kan perjalanan kau nak ke sana. Petanda tak baik ni. Baik patah balik je. Lepak dengan kawan-kawan kau haritu."

2. "Nak pergi belajar al-Quran ni susah kan? Lain kali jela pergi. Mana ada nak buat benda baik ni susah-susah. Nak buat benda baik mestilah senang dan mudah je kan?"

Tetapi...nak tahu Ali dimana?

Ali di rumah ustaz sedang belajar mengaji dengan bersungguh. Satu kepuasan buat Ali kerana berjaya melakukan sebuah kebaikan. Walaupun disaji dengan beberapa rintangan.

Kalau Ali dengar bisikan syaitan tadi mungkin Ali tak belajar mengaji pun. Bahkan mungkin Ali tidak akan berubah pun. Yang gembira siapa? Tentulah Syaitan!

Moral:

Nak buat baik pastilah ada ujian. Tipu lah kalau ada orang kata dia buat kebaikan mudah je. Tiada struggle langsung.

Nabi saw pun buat kebaikan. Lebih banyak dan jauh lebih baik dari kita. Dahlah dia Nabi. Kekasih Allah pula tu. Tapi ujian dia? Masya Allah! Besar lagi dari kita.

Bagi sesiapa yang inginkan kebaikan dan sedang lakukan kebaikan. Percayalah ujian akan datang dari segala sudut arah. Syaitan pula akan memainkan peranannya untuk menghasut kita agar mudah berputus asa. Jangan! Tolong jangan! Abaikan je. Seriously!

Kita tahu kita niat untuk buat kebaikan. Kita mulakan dengan permulaan yang baik. Contoh tadi Ali niat untuk belajar al-Quran. Untuk menuju ke arah itu dia gunakan cara yang halal. Dia tak gunakan motor curi. Dia tak bawa motor macam mat rempit sehingga menyusahkan orang lain.

Takkanlah Allah swt yang Maha Adil, nak zalimi hambaNya yang ingin buat kebaikan dan dekatkan diri kepadaNya. Mustahil!

Habis ujian tadi?

Secara positifnya kita boleh kata mungkin:

1. Ujian tadi adalah sebagai tarbiyah buat Ali.

2. Ujian tadi mungkin untuk hapuskan dosa Ali.

3. Allah nak uji kesungguhan Ali untuk mencariNya.

4. Allah nak angkat darjat Ali.

5. Allah nak latih Ali jadi orang yang SABAR dan TAWAKAL.

Selebihnya Allah lebih Mengetahui.

Harap bermanfaat.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-12768883428253756592014-12-02T03:05:00.000-08:002014-12-02T03:06:47.103-08:00Monolog #4: RandomAssalamualaikum!

Bak kata Hang Tuah, "Kalau nak rajin tulis blog mestilah rajin baca buku dulu".

Ok aku tipu.

Aku jarang menulis kat sini sebabnya aku sibuk, tiada masa, penat, dan sebagainya. Haih. Okok.

Sebenarnya aku dah jarang membaca. Kena dapatkan minat untuk membaca dahulu. Beli buku bukan main syok aku ni. Rasanya kat rumah dah boleh buat mini library dah. Malangnya nak baca satu muka surat pun hadoi. Oleh itu, hangpa try pi sini. Apa tah aku merepek.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-77903102241977992282014-10-21T04:24:00.000-07:002014-10-24T06:37:27.032-07:00Monolog #3: Al-'Ain

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni aku ada dengar ceramah Mufti Menk pasal Evil Eye atau Al-'Ain. Apa benda tu?

Al-'Ain ialah suatu penyakit ghaib yang berlaku kerana pengaruh buruk pandangan mata yang disertai dengan rasa takjub atau dengki dan hasad terhadap apa yang dilihatnya. Agak sukar untuk dijelaskan oleh dunia perubatan moden.

Dalam ceramah tu Mufti Menk pesan supaya kita jangan selalu upload gambar yang tidak sepatutnya di media seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan lain-lain. Ramai orang berasa derita dan sengsara. Kenapa? Kerana Al-'Ain.

Dalam hadis daripada Ibn 'Abbas bahawa Nabi saw bersabda:

"'Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu akan didahului oleh 'ain. Apabila kalian diminta untuk mandi, makan mandilah." (Riwayat Muslim)

Secara tidak sengaja kita telah membawa al-'Ain melalui pandangan orang lain. Bagaimana?

Cuba bayangkan setiap kali kita makan makanan dan minuman yang mewah kita upload di Instagram. Setiap kali kita pergi tempat mewah kita share di Facebook. Jangan terkejut. Ada je orang macam ni.

Jom usha surah Yusuf jap.

Dan ia berkata lagi: "Wahai anak-anakku!
Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi
masuklah dari beberapa buah pintu yang berlain- lain… (Surah Yusuf:67)

Bapanya berkara: "Wahai anakku! Janganlah
engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka
akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan
adalah musuh yang nyata bagi manusia. (Surah Yusuf:5)

Dua ayat dari surah Yusuf ini boleh kita ambil pengajaran berkaitan penyakit al-'Ain. Aku harap korang boleh relate lah ye.

Semua benda ni nak elakkan perasaan cemburu dan dengki orang lain terhadap kita. Kadang-kadang kita tak perasan atau mungkin tak ambil tahu pun.

Jadi, fikirlah dua tiga empat kali sebelum nak upload gambar kat media sosial macam Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi.

Bukan nak suruh kita pisahkan diri kita dengan teknologi. Bukan nak suruh korang deactivate Facebook. Gunalah media sosial itu dengan sebaiknya. Gunakan untuk kebaikan diri kita dan orang lain. Jangan guna sampai benda itu memusnahkan diri kita sendiri.

Aku tahu, kita upload gambar kadang-kadang kita nak share kat kawan-kawan kita. Tak semua. Mungkin beberapa kawan saja. Tapi yang melihatnya ramai.

Bayangkan kita upload gambar barangan mahal yang baru kita beli. Mungkin ada orang yang melihatnya amat mengidamkan barang yang kita beli tu. Diorang mungkin bekerja keras untuk dapatkan barang tersebut sedangkan kita dengan senang je boleh membelinya.

Adakah meraka yang melihatnya takkan rasa apa-apa dalam hatinya? Akan ada masa meraka akan ada perasaan yang kurang senang dengan kita.

Meraka mungkin kata, "Tengoklah mamat ni. Semua benda dia boleh dapat macam tu je. Dah macam syurga dunia. Aku kena kerja keras kot nak dapatkan benda tu. Heh."

Tapi apa yang mereka lihat hanyalah benda sedap yang kita share. Sedangkan mereka tidak tahu masalah yang kita hadapai didunia ni. Kenapa mereka berperasaan begitu? Kerana hasad dan iri hati. Well, kita juga yang mempelawa perasaan tersebut dalam hati mereka sehingga akhirnya membinasakan kita.

Tak salah sebenarnya nak share kegembiraan pada orang lain. Tapi tak perlu sampai begitu detail sehingga boleh buat orang ada perasaan cemburu pada kita.

Katalah, "Alhamdulillah hari ini saya gembira kerana dapat beg baru."

Jangan kata, "Alhamdulillah hari saya gembira dapat beg baru jenama Coach berharga RM4000."

Kalau nak share pun mungkin boleh share dengan orang terdekat kita saja. Ok?

Keterangan lanjut mengenai penyakit al-'Ain boleh klik sini.

Semoga Allah selamatkan kita dari penyakit al-'Ain. Assalamualaikum!

P/S: Kepada yang dah dapat kerja tu janganlah post gambar selfie anda sedang bekerja. :(

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-74614635213864246852014-10-20T06:37:00.000-07:002014-10-20T06:37:31.259-07:00Monolog #2: UsrahAssalamualaikum wbt.

Hmm nak bermonolog pasal usrah pula kali ni.

Sejarah aku dengan usrah ni tkdelah hebat mana. Boleh dikatakan aku masih lagi mentah. Kali pertama aku dipelawa untuk ikut usrah pun aku pergi sebab naqib nak belanja makan malam disamping nak berta'aruf. Malangnya ia berhenti disitu saja. Lepas tu dah takde makan free. Lalu aku pun flee. Hehe. Kesian naqib tu yang sanggup berkorban membazirkan top up dia dengan sentiasa SMS aku ajak ikut usrah.

Kemudian, dah fly pi Amerika baru gelabah nak cari usrah. Nasib baiklah ada. Itulah kali pertama aku ikut benda usrah tarbiyah ni. Usrah aku tu best. Satu bulatan gembira tu ada dalam berbelas-belas orang. Memang syok. Haha.

Aku suka usrah yang ada two-way communication. Baru tak bosan. Masing-masing boleh bercakap beri tazkirah antara satu sama lain.

Aku tak suka usrah yang one-way communication. Mostly usrah online. Seorang saja yang bercakap. Lain kena senyap. Nak pula yang bercakap tu pun tak reti nak berhenti. Bagi aku kalau macam tu baik aku dengar ceramah-ceramah kat YouTube je. Ntahlah. Maybe preference aku je kot tak minat usrah online ni.

Adoi aku sebenarnya bukan nak cerita pasal sejarah usrah aku. Emm aku nak cerita pasal lain. Tapi ada kaitan dengan usrah. Begini ceritanya....

Pada aku, dulu memanglah syok ikut usrah. Setiap minggu memang tak sabar nak tunggu Jumaat malam. Pasal ada usrah. Nak pula ada yang sedekah makanan. Memang melompatlah.

Bila dah lama join usrah, kadang-kadang aku rasa macam gagal. Maksudnya aku yang gagal. Iyelah, aku ikut usrah tiap minggu konon nak mentarbiyah diri. Tapi orang keliling aku biar macam tu je tanpa tarbiyah. Kalau keluar pun selalu dengan lingkungan budak-budak usrah. Tak mingle dengan community. Sampai ada yang kata, "Tu ha geng usrah nak pi main bola. Tu ha geng usrah nak pi makan."

Iye apa yang kita buat itu adalah ukhuwah. Tapi kalau sampai dah ada distinction between kita dengan masyarakat lain macam mana dakwah nak sampai kat diorang? Lebih teruk dan kesian lagi bila kita selalu pergi berusrah, berukhuwah, berdaurah apa semua tapi housemate kat rumah kita buat dia macam tak wujud je. Apa cerita?

Usrah tidak didik kita untuk pentingkan diri sendiri. Usrah sepatutnya membantu kita membaiki diri kita sendiri dan seterusnya membaiki orang keliling kita. Dalam usrah cakap lebat nak ubah masyarakat tapi dengan housemate seorang pun hang tak dapat nak tolong.

Akhir sekali, bila dah join usrah nanti jangan fikir, "Aku nak ubah diri aku jadi baik pasal aku nak masuk Syurga seorang diri." Ikutlah usrah dengan matlamat untuk ubah diri kita dan orang sekeliling kita. Tak usah fikir jauh sangat. Cukuplah mula dengan keluarga dan rakan sekeliling ni ha.

Budak usrah yang power bukan dinilai pada berapa banyak daurah dia dah pergi, berapa jauh program tarbiyah yang dia ikut, dan berapa banyak usrah yang dia bawa.

Nak tengok budak usrah yang power tengoklah berapa ramai orang yang telah dia tarbiyahkan melalui hasil tarbiyah yang dia terima. Itu barulah power! Hoho.

Ok dah. Assalamualaikum!Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-90602822969053797922014-10-19T21:26:00.000-07:002014-10-19T21:27:05.345-07:00Monolog #1: Anjing

Assalamualaikum wbt. Apa khabar?

Ni ha...kecoh seluruh Malaysia pasal kempen 'I want to touch a dog'. Maka ramailah Melayu yang melompat, melenting dan tak senang duduk dikala melihat ramai orang Melayu yang pergi sentuh makhluk Allah bernama anjing.

Secara peribadi, aku takdelah condemn kempen tu dan aku takdelah setuju secara keseluruhannya. Cumanya, cuba ambil benda ini dari sudut positif. Jangan sempitkan ruang pemikiran. Berdasarkan apa yang aku baca, kempen tersebut hanyalah untuk membetulkan padangan orang Melayu kita terhadap anjing. Bukannya diorang kempen 'I want to pet a dog'. Itu memang aku tak setuju.

Soal hukum berkaitan isu ini korang boleh pergi rujuk di sini.

Masalahnya sekarang kenapa orang Melayu suka besarkan isu yang bagi aku kecil je pun. Kau sentuh anjing pun boleh basuh weh.

"Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuk kali. Salah satunya dengan tanah." - Riwayat al-Bukhari

Tu haa kat TV banyak sangat rancangan yang bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tergedik sana sini. Terlompat sana sini. Benda tu pun dah lama berlaku dikalangan masyarakat kita. Persoalannya kenapa ramai yang tidak sensitif? Tak melenting pula.

Bila ada orang Melayu pegang anjing dan babi mulalah kita tak senang duduk. Katanya ini tidak menghormati sensitiviti orang Islam lah apa lah. Tapi bila tengok artis kesayangan berpelukan dan berpegang tangan mereka kata, "Sweetnya diorang..." Heh!

Pegang anjing tidak berdosa pun walaupun ada yang mengatakan pegang anjing itu haram kerana ia najis. Adoi, kalau macam tu cuci najis sendiri pun berdosa. Kesian doktor veterinar kerana setiap hari mereka pasti bersentuhan dengan anjing. Banyak dosa mereka.

Akhir kata, janganlah kita terlalu fokus kepada isu-isu sebegini. Bukan bermakna aku menggalakkan orang Islam bela anjing ye. Cumanya aku nak tegaskan yang ada banyak lagi isu-isu yang besar yang memerlukan perhatian kita.

Banyak lagi benda haram yang jelas dan nyata yang berlaku dikalangan masyarakat kita. Contohnya, rasuah, riba, arak, judi, dan zina. Itu semua benda yang terang-terang haram dan berdosa. Bukan setakat haram pegang bahkan haram juga untuk mendekatinya. Tapi tidak pun dibesarkan atau diviralkan isunya seperti isu anjing ni. Hmm jom kita muhasabah bersama.

Akhir sekali...eh dah dua kali akhir dah. Ini hanyalah pandangan peribadi aku semata. Boleh jadi betul boleh jadi salah. Semua orang boleh setuju atau tidak setuju dengan pandangan aku. Takde masalah. Kalau ada pandangan yang berbeza boleh suarakan. I'm cool with it. :)

Ok dah. Stop di sini. Assalamualaikum!

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-83544032349267049642014-10-19T12:31:00.002-07:002014-10-21T09:39:39.537-07:00Sawang.

Assalamualaikum wbt. Fuhhhhhhh... Akhirnya selesai juga kemas mengemas blog aku yang dah lama bersawang ni. Well, dah nama pun 'laman sesawang' jadi aku pun biarlah benda ni bersawang. Sawang betul mung ni.

Future post maybe nak ubah style sikit. Malas nak taip panjang berjela. Bukan nak tulis buku pun. Tapi....kalau aku rasa macam tak best aku akan patah balik tulis style lama lah kot. Haha. Emmm moga post-post yang lama dan yang akan datang dapat beri manfaat pada diri aku yang serba kekurangan ni ha. Kalau dapat beri manfaat kat korang pun Alhamdulillah.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-92227580239815947862014-10-08T09:00:00.001-07:002014-10-14T04:04:44.890-07:00Kemas kini.Assalamualaikum. Apa habaq? Aku rasa macam nak aktif balik menulis. Tapi nak kena kemas kini blog usang aku dahulu sambil mencari idea apa benda nak merapu kejap lagi. Huhu. Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-83895264594813434812012-11-07T16:47:00.002-08:002012-11-07T16:48:21.714-08:00Akan Datang.Assalamualaikum wbt. Lama aku tak update blog nih. Insya'Allah posting baru akan menyusul. Hehe. Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-32880835676662139692012-08-26T10:05:00.000-07:002014-10-21T09:52:07.338-07:00Summer Summary.Assalamualaikum wbt. Apa khabar? Sorry lama gila tak update blog. Mungkin sebab malas dan sibuk. Hehe. Basically this post aku nak berkongsi apa yang berlaku sepanjang aku berada di Malaysia.

Pertama sekali, aku sampai di Malaysia pada 1 Jun 2012 dan
ketibaan aku disambut oleh keluarga aku. Memang aku happy gila dapat jumpa
family aku walaupun hanya setahun tak jumpa. Harap kalau tiada apa masalah next
year Insya’Allah nak balik lagi. Hehe. Misi aku balik Malaysia kali ini ialah
aku nak luangkan sepanjang masa aku dengan keluarga dan kawan-kawan aku
disamping mencari aoncl. Hehe.

Sebelum aku balik aku dapat tahu
yang nenek aku sakit. So, 2 hari selepas aku tiba mak aku terus bawa aku ziarah
nenek aku yang sudah uzur. Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan dia. Mak aku
pula suruh aku bawa camera dan ambil gambar dengan nenek aku. Aku dah pelik.
Sebelum ini tak pernah pun nak bergambar. Tiba-tiba hari itu nak bergambar
pula. Hmm. Well, ditakdirkan Allah selang sahaja beberapa hari dia meninggal
dunia… Sekarang aku dah tiada nenek. Rupa-rupanya waktu aku berjumpa and
bergambar denganya hari itu adalah saat terakhir aku bersama dia ketika hidup.
Seolah-olah Allah memberi aku rezeki untuk bertemu denganya sebelum dia pergi
meninggalkan kami selama-lamanya. Sedih…memang sedih. Al-Fatihah.

Sepanjang aku berada di rumah aku jadi driver kepada mak dan
adik aku. Dah tiada apa nak buat dan kereta pun lama tak bawa. So, apa salahnya
jalan sana sini bawa family aku. Nak melihat Shah Alam yang bagi aku ada
perubahanlah sikit sana sini. Cakap pasal jalan-jalan aku sebenarnya dah plan
dah pun aktiviti-aktiviti yang aku akan buat sepanjang aku bercuti dengan
kawan-kawan aku. Biasanya kami semua akan bermain Badminton, Frisbee, Bowling
dan tengok wayang sama-sama. Kami berkawan rapat sejak sekolah lagi.

Biasanya kalau semua dah balik
kami akan lepak di rumah kawan aku Hafiy. Dia akan organize satu BBQ party
where dia jemput kawan-kawan lama so that bolehlah keep in touch antara satu
sama lain. Di rumah Hafiy ini jugalah tempat kami sekawan lepak bersama main
FIFA 12, sleepover, bergosip dan macam-macam lagi.

Sampailah kepada agenda terbesar kami iaitu road trip. Aku
dan kawan-kawan dah plan even sebelum balik lagi nak buat road trip and
destinasi pilihan ialah Melaka dan PD. Plan memang payah betul. Nak set tarikh
kasi semua available satu hal, nak cari tempat tinggal, transportation dan
tempat-tempat yang nak lawat pun satu hal. But then, we all buat kerja
sama-sama and Alhamdulillah benda ini berjalan ikut apa yang dirancangkan. I
would say we all had a very exciting road trip. Sepanjang jalan ada saja cerita
pelik. Haha. Macam-macam tempat kami semua pergi. Walaupun dah dua kali pegi.
Haha. Penat itu memang penat tapi dapat jalan-jalan bersama itu yang paling
seronok kot.

Ramadhan

Masuk bulan Ramadhan pun ada juga aktivitinya. Selain
berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan, masih ada juga aktiviti luar
yang kami buat. Biasanya kami semua akan bermain Frisbee di padang belakang
Masjid SSAAS Shah Alam, masjid kegemaran aku dan kawan-kawan. Peluang merebut
malam Lailatul Qadr juga tak kami lepaskan dengan berqiamulail bersama selepas
tak tidur main FIFA 12. Haha.

Aidilfitri

Raya tahun ini aku beraya di rumah datuk belah mak aku .
Since nenek aku dah tiada jadi datuk aku tinggal seorang dekat kampung. Raya tahun
agak lain sedikit tanpa nenek aku. Actually aku masih tak percaya yang nenek
aku dah tiada sebab dia meninggal pun secara mengejut. Tiada siapa jangka. Raya
tahun ini juga aku beraya tanpa adik aku yang seorang sebab dia dah fly ke US.
Alhamdulillah sebelum dia fly sempat juga kami sekeluarga berbuka puasa bersama.

Raya kelima aku pula berangkat pulang ke US. Tipulah kalau
aku tak rasa sedih. Memang sedih nak tinggalkan family dan kawan-kawan. Sedih
nak meninggalkan segala kenangan yang ada sepanjang 3 bulan bercuti. Tapi adik
aku kat US juga jadi kurang sikit sedihnya. Haha.

Sekarang aku dah pun berada di US. Menanti hari untuk kelas
bermula dengan harapan semester kali ini lebih baik dari yang lepas. Mohon doa
pembaca semua agar Allah mudahkan urusan pembelajaran aku di sini. Akhir kata,
selagi hidup dan selagi ada peluang gunakanlah masa yang ada bersama-sama
keluarga dan kawan-kawan kerana kita tidak akan boleh hidup tanpa mereka semua.
Merekalah tulang belakang kita. OK. Dah habis. Jumpa next post Insya’Allah.

Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-56525633981447967012012-06-14T19:02:00.000-07:002014-10-19T11:14:47.472-07:00Kehilangan.

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Lama dah aku tak update blog. Sibuk sikit kebelakangan ini. Sekarang ini aku dah kat Malaysia untuk cuti summer. Harap-harap dapat aku gunakan cuti ini dengan sebaiknya.

Namun tak sampai seminggu aku di sini, aku telah kehilangan sesorang iaitu nenek aku. Aku memang dah tahu lama yang nenek aku tak sihat. Patutlah hati rasa memang nak balik. Niat asal nak balik second summer. Since tiket mahal sangat jadi aku ambil keputusan untuk balik full summer saja.

Sebelum nenek aku meninggal sempat aku jumpa dia dan aku tengok dia macam sihat saja. Mak aku pula suruh aku bawa camera untuk bergambar dengan nenek aku untuk kenangan. Aku pun ambil gambar macam biasa. Tak sangka pula esoknya dia meninggalkan kami selama-lamanya. Gambar yang aku ambil dengan dia adalah yang terakhir. Memang rezeki aku rasanya. Mungkin dia tunggu aku balik sebelum dia pergi. Allah Maha mengetahui.

Pengajarannya di sini, kita takkan tahu bila ajal kita akan datang. Jadi kita sepatutnya persiapkan diri kita dengan amal soleh supaya dapat menyelamatkan kita di alam kubur dan alam akhirat. Hali ini kerana, setiap insan yang masih hidup adalah mencari bekalan akhirat,
maka salah satu jalan untuk memperolehi bekalan akhirat adalah
"Taqwa".

Sebagaimana
firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 197 :

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ
خَيْرَ الزَّادِ
التَّقْوَىٰ

"Dan
mencari bekallah kamu, dan sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa"

Kita semua
yakin bahawa semua makhluk yang hidup manusia, haiwan, jin, syaitan mahupun malaikat pasti akan merasai mati. Seperti firman Allah di dalam
surat Al-'Imraan ayat 185 :

كُلُّ نَفْسٍ
ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

"Tiap-tiap
yang berjiwa akan merasakan mati".

Akan tetapi kita dapat lihat ramai orang termasuk diri aku ini takut akan mati. Kenapa? Kenapa kita takut mati? Kita takut mungkin kerana kita sedar bahawa amalan kita tak banyak mana. Takut tak dapat menyelamatkan kita selepas mati nanti. Namun aku teringat akan dialog diantara Khalifah Sulaiman Bin Abdul Malik dengan Abu Hazim Salamah Bin Dinar apabila dia ditanya oleh Khalifah tentang mengapa insan itu takut akan mati. Sungguh simple dan bermakna jawapan yang diberikan oleh Abu Hazim. Katanya:

"Kamu telah memakmurkan dunia kamu dan memusnahkan akhirat kamu, tentulah kamu tidak suka keluar dari rumah yang cantik dan tinggal di rumah yang buruk dan musnah."

Kita mungkin sibuk dengan kerja kita di dunia ini namun janganlah kesibukan kita itu melupakan matlamat kita hidup di dunia ini iaitu mencari bekalan untuk akhirat nanti. Wallahu'alam.

Al-Fatihah untuk nenek aku.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-66650662195934154712012-04-14T21:00:00.001-07:002014-10-19T11:22:14.561-07:00Biarlah rahsia.

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua? Mudah-mudahan kita semua sentiasa dibawah rahmat Allah swt. Apa yang menggerak aku untuk menulis kali ini ialah kerana apa yang akan berlaku di tanah air aku sendiri iaitu Malaysia.

Sekarang kat Malaysia tengah hangat dengan pilihan raya umum yang akan datang nanti. Buka Youtube penuh dengan ceramah-ceramah politik. Buka berita online penuh dengan isu-isu politik dan kadang-kadang perkara tersebut tiada kena mengena langsung dengan politik pun tetapi sengaja dipolitikkan oleh ahli-ahli politik yang...[korang isilah sendiri]. Itulah realiti politik di zaman sekarang.

Namun begitu, bukan layak bagi aku untuk beri komentar terhadap perjalanan politik di Malaysia ini. Sebab aku mulanya memang tak minat dan tak ambil tahu pasal politik. Dengan keadaan politik Malaysia yang kucar-kacir dengan isu ini dan itu buatkan aku malas nak ambil tahu langsung.

Selepas itu, aku mula nak ambil tahu pasal politik tapi bukan jadi penyokong yang mengkhizir buta sahaja. Aku mula sebagai neutral. Senang cerita aku masih menilai dan mengkaji parti mana atau jemaah mana yang elok berdasarkan apa yang aku baca dan dengar. Waktu itu ada seorang hamba Allah ini bertanya pada aku, "Kau sokong mana? Undi siapa?". Aku tak berikan jawapan yang sepatutnya. Aku hanya menjawab, "Undi adalah rahsia." Padahal waktu itu aku baru nak kenal-kenal atau ambil tahu pasal parti-parti politik kat Malaysia ini. Noob gila kan? Haha.

Kemudian, dari masa ke masa aku membaca, mendengar, dan melihat perjalanan parti-parti politik kat Malaysia ini, aku mula mendapat idea apa yang baik untuk aku. Walaupun tak banyak, tapi tahulah sikit-sikit. Kalau nak tengok kawan-kawan aku, aku boleh kata macam ramai yang macam tak ambil peduli sangat pasal politik kat Malaysia ini. Ada yang jenis go with the flow sahaja. Ada juga kawan-kawan aku yang kuat politik. Aku pun bingung yang mana patut ikut. Jadi orang yang tak ambil tahu langsung atau jadi orang yang taksub dengan parti dan hanya ikut mengkhinzir buta sahaja.

Alhamdulillah Allah swt seolah-olah beri aku petunjuk jalan mana yang harus ikut. Aku tak jadi orang yang dungu dan aku tak juga jadi orang yang fanatik. Aku masih pilih jalan tengah. Jalan tengan bukan bererti tidak memilih. Tetapi memilih melalui penilaian yang adil dan saksama. Biarlah aku jadi orang yang buta pada 'lambang' dan 'warna'. Aku tetap berpegang teguh pada prinsip kebenaran. Di mana sahaja kebenaran pasti aku menyokongnya, tak kira dari mana ia datang. Firman Allah swt:

"...oleh itu gembirakanlah hamba-hamba- Ku. (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab." (al-Zumar: 17-18).

Aku yakin ramai yang mahukan Malaysia yang aman dan maju. Sebagai seorang Muslim aku juga mengimpikan Malaysia menjadi sebuah negara yang Islamik tetapi bukan dengan bersikap fanatik.

Sekali lagi aku ditanya "Kau undi mana nanti?" Kali ini aku masih menjawab, "Undi adalah rahsia." Tapi kali ini aku tahu mana yang patut aku pilih. Kira aku tak noob lah. Haha.

Aku tak suka beritahu side mana aku pilih bukan bererti aku ini suka berahsia ke apa. Melihat dari segi pemikiran segelintir orang Malaysia yang suka hukum orang berdasarkan side mana yang dia undi membuatkan aku berfikir rahsia itu lebih baik.

Aku sendiri ada kawan yang kuat 'birunya', dan kuat juga 'hijaunya'. Tapi aku masih berkawan dengan mereka semua seperti biasa bahkan lebih rapat lagi. Aku jenis yang tak suka menilai orang ikut apa yang dia undi. Sekali pun dia undi parti yang bukan parti aku, dia tetap kawan dan sahabat aku.

Ada orang yang kalau dia tahu kita undi parti yang bukan parti dia, terus dia jauhkan diri dari kita. Diri kita dilempar dengan pandangan-pandangan dan persepsi-persepsi yang negatif seolah-olah tiada yang baik dalam diri kita. Berbeza pula kalau kita undi parti yang sama dengan parti dia, secara tiba-tiba hubungan menjadi lebih rapat, setiap hari bertegur dengan senyum dan tawa. Apa ini? Inikah yang dinamakan adil? Terutama bagi kita yang beragama Islam.

Firman Allah swt:

Maksudnya: “...dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum itu menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka, berlaku adillah kerana itu lebih dekat dengan takwa…” [al-Maidah: 8].

Aku kalau boleh tak mahu orang berkawan rapat dengan aku kerana politik. Putus kawan atau menjauhkan diri dari aku juga kerana politik. Tak bolehkan kita berkawan atau bersahabat atas dasar akidah kita yang sama iaitu mentauhidkan Allah swt. Kenapa perlu bezakan orang berdasarkan 'warna' atau 'lambang' apa yang dia ikut? Pemikiran sebeginilah yang perlu kita buang jauh-jauh kerana ia menunjukkan ketidakmatangan pemikiran seseorang itu.

Akhir sekali, harapan aku sebagai seorang rakyat biasa yang tiada apa-apa jawatan ini, pada mana-mana parti yang bakal memerintah nanti, perintahlah dengan adil dan saksama. Kembalikan hak-hak orang yang dizalimi, perintahlah dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab kerana Nabi saw pernah bersabda:

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu.” (HR Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, sama-samalah kita mendoakan agar negara kita akan jadi bertambah makmur dan sentiasa dibawah rahmat Allah swt dan diberkatiNya. Aku mohon maaf sekiranya posting aku kali ini buatkan sesiapa yang membacanya terasa sebab post ini aku tujukan pada diri aku sendiri terutamanya dengan tidak aku tujukan kepada sesiapa secara spesifik, hanya general semata-mata.

Sebagai penutup, bersahabat dan berkawanlah kerana Allah swt, kita boleh berbeza dalam ideologi tetapi kita tetap sama dalam banyak perkara kan? Tuhan kita sama, Qiblat kita sama, Rasul kita sama, mengapa perlu cari perbezaan yang sedikit sedangkan kita dan banyak persamaan? Sama-samalah kita renungkan. Wallahualam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-73082069641526274322012-03-30T22:39:00.006-07:002014-10-19T11:46:46.682-07:00Dakwah.

Assalamualaikum wbt. Posting kali ini aku nak cakap tentang satu perkara yang mungkin kita semua dah selalu dengar tiap-tiap hari iaitu dakwah. Apa itu dakwah? Kita kena dakwah ke? Bila kita kena dakwah? Itu semua barangakali persoalan-persoalan yang sering bermain dalam fikiran kita. Kita itu termasuklah diri aku ini.

Apa itu dakwah?

Bahasa.

Dakwah ertinya menyeru, mengajak, memanggil, menyampai, dan mendorong. Perkataan-perkataan yang seiring dengan dakwah seperti Al-Wa’zu, Al-Irsyad, At-Tabligh dan lain-lain lagi.

Istilah.

Dakwah ialah mengajak atau menyeru manusia ke jalan Allah dengan menyuruh mereka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran supaya mereka mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Kenapa kita kena dakwah?

Allah yang memberikan tanggungjawab dakwah kepada kita sebagai khalifahNya di muka bumi ini. Buktinya ada banyak dalil-dalil atau nas al-Quran dan Hadis yang menyuruh kita menyebarkan dakwah. Antaranya:

Allah dalam firmanNya dalam surah Al - Fussilat: 33

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(Muslimin)."

Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 110

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (faedah) manusia, Kamu mengajak kepada kebajikan dan kamu mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah....."

Sabda Nabi SAW:

" Barang siapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), apabila ia tidak berkuasa (dengan tangan) maka dengan lidahnya (teguran atau nasihat), apabila tidak kuasa (dengan lidahnya) maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim)

Soal bila kita kena berdakwah, jawapannya ialah sejak kita dilahirkan sebagai Muslim dan faham tentang hakikat Islam, sejak itulah kita diwajibkan berdakwah yakni menyampaikan Islam. Tiada istilah "tunggu aku jadi baiklah", "aku banyak buat dosalah", "aku tak layak berdakwah sebab aku doktor, bukannya ustaz". Itu semua mengarut! Hanya alasan untuk larikan diri dari dakwah. Kita tidak akan terlepas dari buat dosa. Semua orang buat dosa. Tapi itu bukan alasan untuk tidak berdakwah. Dakwah juga adalah kewajipan bagi semua orang Islam. Bukannya hanya pada orang yang bergelar ustaz atau ustazah sahaja!

Perjalanan Dakwah.

Dalam dakwah ini tiada manis dan seronok sepanjang masa. Pasti akan ada ujian dan cabaran yang Allah uji kita. Pada aku adalah pelik kalau seseorang itu berkata, "Setakat ini aku buat dakwah semua orang suka dengar ceramah aku atau semua suka dengar aku cakap, ramai yang gelak ketawa."

Kalau kita lihat sirah Nabi SAW, bagaimana baginda memulakan dakwahnya setelah diturunkan wahyu bukanlah bermula dengan sesuatu yang gembira. Baginda dicemuh, dihina, dipulau, dan macam-macam lagi. Nabi SAW dibaling dengan batu oleh penduduk Taif ketika baginda cuba untuk menyampaikan dakwah di negeri itu sehingga mengalir darahnya kerana luka. Namun begitu, baginda tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwah Islam keseluruh alam.

Contoh lain, lihatlah perjalanan hidup imam-imam besar yang empat seperti Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Imam Syafie, dakwah mereka tidaklah dipenuhi dengan suka ria dan kesenangan sepanjang masa. Sepanjang hayat mereka diseksa, dipukul, dipenjara hanya kerana mempertahankan dakwah mereka. Begitu juga Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah yang dipenjara sampai mati hanya kerana mempertahankan fatwanya. Imam Bukhari dibuang dari kampung halamannya kerana ramai yang menetangnya. Namun begitu, lihatlah siapa mereka sekarang ini. Siapa tak kenal Imam Syafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, Ibn Taimiyyah, dan Imam Bukhari? Meraka semua diiktiraf sebagai jaguh ilmuwan Islam oleh semua manusia. Kitab-kitab mereka dijadikan rujukan oleh ramai para ulama'. Lihatlah, inilah nasib dan perjalanan seorang pendakwah, masa hayatnya mungkin dia dihina, difitnah, ditentang, dipenjara, dipukul dan dihalau dari kampung halaman, tetapi orang akan mengenang jasa dan usahanya selepas dia sudah tiada. Itulah lumrah kehidupan.

Jadi, bagi yang berasa down sebab dakwah tak diterima atau ditentang, ingatlah itu baru sedikit. Nabi SAW dan ulama' terdahulu kena lebih teruk dan dahsyat dari kita. Mengapa kita yang baru kena sedikit dah nak mengalah awal? Persoalan untuk diri aku juga ye.

Akhir sekali, ingatlah kita kena yakin apa yang kita sampaikan atau dakwahkan adalah benar dan mestilah berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Bukan mesti kalau benda benar yang kita sampaikan mesti ada yang mengikut. Bukan syarat kebenaran yang kita sampaikan itu mestilah ada ramai yang mendengar ceramah kita. Ingat! Kebenaran bukan dinilai pada berapa ramai orang yang ikut kita, tetapi kebenaran dalam Islam itu adalah berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW menceritakan perihal hari kiamat yang ditunjukkan oleh Allah kepada baginda. Baginda menyebut:

“Diperlihatkan kepadaku umat-umat manusia. Maka aku dapati ada nabi yang mempunyai seorang pengikut. Ada pula nabi yang mempunyai dua orang pengikut. Ada pula yang mempunyai beberapa orang pengikut. Ada juga nabi yang tidak mempunyai seorang pengikut pun…” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oklah. Sampai sini je kot aku tulis. Macam merapu je. Haha. Aku tak pandai nak buat ayat lawa-lawa. Tapi rasanya korang semua tahulah ye apa yang aku cuba sampaikan. Mohon maaf kalau tulisan ini ada kekurangan atau kecacatan ye. Salam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-16296774947064785642012-03-27T21:44:00.000-07:002012-03-27T21:44:06.462-07:00Perkongsian Ilmu: Hadis.
Insya'Allah akan saya buat satu posting untuk berkongsi pengetahuan tentang pengenalan hadis-hadis Nabi SAW. Perkongsian saya ini adalah melalui pembelajaran saya melalui pembacaan dan ceramah-ceramah yang saya dengar dari Youtube. Mungkin ada yang sudah tahu, tapi target saya adalah untuk yang tidak tahu. Bagi yang tahu, mungkin boleh betulkan apa yang silap. Sekian, salam.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-27562480559658560882012-03-25T09:54:00.016-07:002014-10-19T11:44:33.026-07:00Agama Itu Nasihat. [III]

Sambungan syarah hadis...

3. Nasihat untuk Rasulullah SAW.

Selain itu, sentiasa berusaha untuk mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW kerana yakin bahawa terdapat keberkatan dalam sunnah Baginda SAW.

Maksud nasihat untuk Rasulullah SAW adalah dengan mengimani kerasulan Nabi SAW serta meyakini bahawa baginda adalah sebaik-baik makhluk dan kekasih Allah SWT. Mempunyai rasa cinta yang tinggi terhadap Nabi SAW seperti mana firman Allah SWT:

Katakanlah (hai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), nescaya kalian dicintai Allah”. (Surah Ali ‘Imran: 31)

4. Nasihat Untuk Pemimpin Kaum Muslimin.

Pemimpin kaum Muslimin yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah para penguasa, wakil-wakilnya, atau para ulama'. Allah SWT berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allâh, taatlah kepada Rasul dan penguasa dari kalian. (Surah An-Nisaa’: 59)

Maksud nasihat untuk pemimpin di sini ialah dengan mecintai kebenaran, kebaikan, dan keadilannya bukan kerana individunya atau dari jemaah mana dia datang. Nasihat untuk pemimpin juga boleh kita laksanakan dengan membantu mereka agar sentiasa berada di jalan kebenaran yakni Islam, mentaati mereka selagi mana mereka tidak menyuruh berbuat maksiat, dan menasihat mereka dengan cara yang baik dan berhikmah.

Para ulama' juga memainkan peranan yang penting dalam menasihati pemimpin agar sentiasa berhukum dengan hukum Allah SWT dan RasulNya. Ulama' hendaklah sentiasa menasihati dan berani berkata yang benar dihadapan pemimpin mereka. Sabda Nabi SAW:

Jihad yang paling utama adalah mengatakan keadilan (dalam riwayat lain: kebenaran) di hadapan penguasa yang zalim. [10]

5. Nasihat untuk kaum Muslimin.

Nasihat untuk kaum Muslimin dan Mukminin di sini bermaksud mengajak atau menasihati dalam berbuat perkara ma'rufdan mencegah daripada perkara munkar. Sentiasa mencintai kebaikan untuk mereka seperti mana dia mencintai dirinya sendiri. Sabda Nabi SAW:

Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman” [11]

[10] Hadis Riwayat Abu Dawud (no. 4344), at-Tirmidzi (no. 2174), dan Ibnu Majah (no. 4011), dari Sahabat Abu Sa’id al-Khudri. Lihat Silsilah al- Ahâdîts ash-Shahîhah, no. 491.

[11] Hadis Riwayat Imam MuslimUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-34328748834018466032012-03-20T19:55:00.003-07:002014-10-19T11:36:36.243-07:00Agama Itu Nasihat. [II]Sambungan syarah hadis...

1. Nasihat untuk Allah SWT.

Al-Imam Muhammad bin Nashr al-Marwazi rahimahullah (meninggal 294H) berkata nasihat hukumnya terbahagi kepada dua, iaitu wajib dan sunnah.

"Nasihat hukumnya ada dua. Yang pertama wajib, dan yang kedua sunnah. Adapun nasihat yang wajib untuk Allah. Yaitu perhatian yang sangat dari pemberi nasihat untuk mengikuti semua yang Allah cintai, dengan melaksanakan kewajiban, dan dengan menjauhi semua yang Allah haramkan. Sedangkan nasihat yang sunnah, adalah dengan mendahulukan perbuatan yang dicintai Allah daripada perbuatan yang dicintai oleh dirinya sendiri. Yang demikian itu, bila dua hal dihadapkan pada diri seseorang, yang pertama untuk kepentingan dirinya sendiri dan yang lain untuk Rabb-nya, maka dia memulai mengerjakan sesuatu untuk Rabb-nya terlebih dahulu dan menunda semua yang diperuntukkan bagi dirinya sendiri."

Nasihat yang wajib untuk Allah: Melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya dengan sepenuh anggota badan dikala sihat ataupun sakit. Sekirang ada perkara yang menghalanya untuk berbuat demikian dia tetap berniat bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya apabila penghalang tersebut hilang.

Tidak ada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, atas orang-orang yang sakit dan atas orang-orang yang tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan, apabila mereka menasihati kepada Allah dan Rasul-Nya (cinta kepada Allah dan Rasul-Nya). Tidak ada jalan sedikit pun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah at-Taubah: 91)

Allah SWT menamakan mereka sebagai “al-muhsinin” yakni orang-orang yang berbuat kebaikan, kerana perbuatan mereka berupa nasihat untuk Allâh SWT dengan hati mereka yang ikhlas ketika mereka terhalang untuk berjihad dengan jiwa raganya.

Nasihat yang sunnah untuk Allah: Berjuang berhabis-habisan untuk mengutamakan Allah SWT dalam segala perkara lebih dari apa yang dia cintai termasuk dirinya sendiri dan orang lain.

Kata Ibnu Rajab, termasuk nasihat untuk Allâh SWT, ialah dengan berjihad melawan orang-orang yang kufur kepada-Nya dan berdakwah mengajak manusia ke jalan Allâh Ta'ala. [7]

2. Nasihat untuk kitabullah.

Nasihat untuk kitabullah bererti kita mengimani kebenaran al-Quran yang diturunkan kepda Nabi Muhammad SAW. Sentiasa mencintai dan mengagungkan al-Quran disamping berusaha untuk membaca dan memahami isi kandungan al-Quran. Justeru, kita mengamalkan apa yang disuruh di dalam al-Quran serta mengajarkannya kepada orang lain.

Nasihat untuk kitabullah boleh dilakukan seperti berikut:

a. Membaca dan menghafal al-Quran.

Dengan membaca al-Quran jiwa seseorang itu akan menjadi tenang serta akan dibersihkan jiwanya dari segala kekotoran maksiat. Di samping itu, dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT serta akan menjadi syafaat kepada kita di hari akhirat nanti. Selaras dengan sabda Nabi SAW:

Bacalah Al-Quran, kerana pada hari Kiamat ia akan datang

untuk memberi syafa’at kepada orang yang membacanya. [8]

b. Mentadabbur ayat al-Quran.

Setelah membaca dan menghafal ayat al-Quran, ktia seharusnya mentadabbur maknanya pula. Mana mungkin seseorang membaca dan menghafal sesebuah buku tetapi tidak mengetahu dan memahami isi kandungan buku tersebut. Dan hal ini telah dipersoalkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran:

Apakah mereka tidak mentadabburi Al-Qur‘ân

ataukah hati mereka terkunci?

(Surah Muhammad: 24)

c. Mempelajari dan mengajarkan al-Quran

Sesudah kita memahami al-Quran, adalah menjadi tanggugjawab kita untuk mengajarkannya kepada umat Islam yang lain agar mereka meletakkan al-Quran sebagai neraca kehidupan yang dapat menjamin mereka di dunia dan di akhirat.

Sabda Nabi SAW:

Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari

dan mengajarkan Al-Quran. [9]

d. Mempraktikan al-Quran.

Apa guna ilmu tanpa amal. Sama juga dengan al-Quran, tiada gunanya kalau kita hafal satu al-Quran sekalipun tetapi kita tidak berusaha atau berkehendak untuk mengamalkan isi kandungannya. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

Allah SWT berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allâh bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (Surah ash-Shaff: 2-3)

Syarah hadis ini akan bersambung dalam posting akan datang.

[7] Jami'ul 'Ulum wal-Hikam (I/222).

[8] Hadis riwayat Muslim (no. 804), dari Sahabat Abu Umamah al-Bahili radhiyallâhu'anhu.

[9] Hadis riwayat al-Bukhari (no. 5027), dari Sahabat ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallâhu'anhu.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-17414214646666492142012-03-18T20:55:00.002-07:002014-10-19T11:32:53.065-07:00Agama Itu Nasihat. [I]

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ .

(رواه ومسلم)

Dari Abu Ruqayyah Tamim Ad Daari radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Agama adalah nasihat, kami berkata : Kepada siapa? beliau bersabda : Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpin kaum muslimin dan rakyatnya.

(Riwayat Muslim)

Hadis ini para ulama' hadis hukum sebagai hadis yang Sahih. Hadis ini juga selain diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, diriwayatkan juga oleh beberapa imam-imam hadis seperti:

Imam Muslim (no. 55 [95]).

Imam Abu ‘Awanah (I/36-37).

Imam al-Humaidi (no. 837).

Imam Abu Dawud (no. 4944).

Imam an-Nasa-i (VII/156-157).

Imam Ahmad (IV/102-103).

Imam Ibnu Hibban. Lihat at-Ta’liqatul-Hisan ‘ala Shahih Ibni Hibban (no. 4555) dan Ra-udhatul- ‘Uqala' (no. 174).

Imam al-Baihaqi (VIII/163).

Imam Muhammad bin Nashr al-Marwazi dalam Ta’zhim Qadrish-Shalâh (II/681 no. 747,749,751,755).

Imam ath-Thabrani dalam al-Mu’jamul-Kabir (no. 1260-1268).

Imam al-Baghawi dalam Syarhus-Sunnah (XIII/93, no. 3514).

Biodata ringkas perawi hadis.

Abu Ruqayyah, Tamim bin Aus bin Kharijah bin Su-ud bin Jadzimah al-Lakhmi al-Falasthini ad-Dari merupakan seorang sahabat Nabi SAW. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang Nasrani dan menjadi rahib di Palestine. Kemudian pada 9H, beliau berpindah ke Madinah dan lalu memeluk Islam bersama saudaranya Nu'aim. Selepas berlakunya pembunuhan Khalifah Saidina Uthman bin 'Affan RA, beliau kemudian berpindah ke negeri Syam. Beliau merupakan seorang yang soleh dan sering melakukan solat tahajjud serta sentiasa mengkhatam al-Quran.

Beliaulah yang menceritakan kepada Nabi SAW tentang Dajjal dan Jassasah lalu Nabi SAW menyampaikan kisah tersebut di atas mimbar kepada para sahabat yang ada ketika itu. Beliau juga pernah mengikuti beberapa peperangan bersama Nabi SAW.

Selain itu, beliau juga merupakan orang yang pertama memasang lampu dan membacakan kisah-kisah dalam masjid. Hali ini berlaku ketika zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab RA. Tamim ad-Dari meriwayatkan sebanyak 18 hadis daripada Nabi SAW. Beliau meninggal pada 40H di Palestine. [1]

Apa itu nasihat?

Perkataan “nasihat” asalnya dari bahasa Arab. Ia diambil daripada kata kerja “nashaha” (نَصَحَ), yang maknanya “khalasha” (خَلَصَ) iaitu murni serta bersih dari segala kotoran. Ia boleh juga bermakna “khatha” (خَاطَ), yaitu menjahit. [2]

Imam al-Khaththabi rahimahullah menjelaskan erti perkataan “nashaha”, sebagaimana dinukil oleh Imam an-Nawawi rahimahullah, “Dikatakan bahwa “nashaha” diambil dari “nashahar-rajulu tsaubahu” (نَصَحَ الرَّجُلُ ثَوْبَهُ) apabila dia menjahitnya. Maka mereka mengumpamakan perbuatan penasihat yang selalu menginginkan kebaikan orang yang dinasihatinya, dengan usaha seseorang memperbaiki pakaiannya yang koyak.” [3]

Ramailah lagi ulama' membahaskan makna nasihat ini tetapi kesimpulannya nasihat adalah kata yang dipakai untuk mengungkapkan keinginan memberikan kebaikan pada orang yang diberi nasihat.

Agama adalah nasihat.

Dalam hadis ini, Nabi SAW memberitahu bahawa agama itu nasihat. Mengapa Nabi SAW kata demikian? Apakah maksud baginda Nabi SAW? Ulama yang membahaskan hadis ini telah memberikan beberapa jawapan terhadap persoalan tersebut.

Antaranya:

PERTAMA: Hadis ini memberitahu bahawa hampir semua agama itu nasihat. Contoh yang hampir sama, Nabi SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis.

الْحَجُّ عَرَفَةُ

Haji itu adalah wukuf di ‘Arafah. [4]

KEDUA: Hampir keseluruhan agama ini adalah nasihat. Kerana setiap amalan tanpa disertai dengan ikhlas tidak termasuk agama [5]

Setiap nasihat untuk Allah Ta'ala menuntut pelaksanaan kewajiban agama secara sempurna. Inilah yang disebut darjat Ihsan. Tidaklah sempurna nasihat untuk Allah tanpa hal ini. Tidaklah mungkin dicapai, bila tanpa disertai kesempurnaan cinta yang wajib dan sunnah, tetapi juga diperlukan kesungguhan mendekatkan diri kepada Allâh Ta'ala, yaitu dengan melaksanakan sunnah-sunnah secara sempurna dan meninggalkan hal-hal yang haram dan makruh secara sempurna pula. [6]

KETIGA: Nasihat merangkumi seluruh bahagian Islam, Iman dan Ihsan sepertimana yang kita dapat lihat dalam hadis Jibril a.s.

Oleh itu, jelaslah keterangan para ulama' tentang maksud sabda Nabi SAW “agama itu nasihat”. Kerana nasihat, adakalanya bermakna pensifatan sesuatu dengan sifat kesempurnaan Allâh, Kitab-Nya, dan Rasul-Nya. Adakalanya merupakan penyempurnaan kekurangan yang terjadi, berupa nasihat untuk pemimpin dan kaum Muslimin pada umumnya.

Syarah hadis ini akan bersambung dalam posting akan datang.

[1] Siyar ‘Alamin Nubala (II/442-448), al-Ishabah fi Tamyizish-Shahabah (I/183-184), dan Tahdzibut- Tahdzib (I/449, no. 951).

[2] Lisanul-Arab (XIV/158-159) bahagian kata “Nashaha”. Daar Ihya-ut Turats al-‘Arabi, Cetakan I, Tahun 1408H.

[3] Syarah Shahih Muslim (II/37).

[4] Hadis riwayat Abu Dawud (no. 1949), an-Nasa-i (V/256), at-Tirmidzi (no. 2975). Lihat Fathul Bâri (I/138).

[5] Fathul Bari (I/138).

[6] Jami’ul-‘Ulum wal-Hikam (I/218).

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-40782157515815826282012-02-22T22:03:00.005-08:002014-10-24T06:44:46.488-07:00Realiti Umat Islam.

Aku mulakan qalamku dengan Bismillahirrahmanirrahim. Dengan akal yang diberikan berserta phalanges yang cukup, aku masih mampu untuk menulis. Menulis...sebagai tazkirah untuk diri sendiri. Aku yang sepatutnya menerima tazkirah bukan memberi tazkirah kerana aku bukanlah orang yang baik sangat. Namun begitu tinta aku ini juga aku tujukan kepada insan-insan yang merasa dirinya mahu ditazkirahkan seperti aku.

***Apahal skema semacam nih?***

Salam readers. Apa habaq? Moga sihat iman dan badan. Insya'Allah.

Posting kali ini aku nak cakap pasal isu zaman berzaman yang melanda umat Islam seluruhnya. Umat Islam sering kali ditindas dan dizalimi oleh musuh-musuh Islam. Hal ini terjadi selepas jatuhnya kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyah. Setelah beberapa kurun Islam menguasai hampir 2/3 dunia, akhirnya kerajaan Islam yang dahulunya hebat tumbang kerana kelalaian umatnya sendiri. Dahulu kita dapat lihat khalifah Islam yang hebat seperti al-Khulafa' ar-Rasyidin, Khalifah Umar Abdul Aziz, Salahuddin al-Ayyubi, Sultan Muhammad al-Fatih dan lain-lain. Merekalah yang membawa Islam menjadi ustaziatul alam sehingga kerajaan Islam digeruni oleh musuh-musuh Islam.

Tapi itu hanyalah sejarah. Tak guna kalau kita berbangga dengan sejarah kalau kita tidak bercita-cita untuk merealisasikannya untuk kali kedua. Realiti umat Islam masa kini menjadi sebaliknya. Kita yang dahulu menguasai dunia, sekarang kita dikuasai musuh kita dan lebih teruk lagi kita ditindas dan dizalimi sesuka hati. Lihat saja apa yang pernah berlaku di Chehnya, Bosnia Herzegovina, Palestine, Iraq, Afghanistan, dan paling dekat dengan kita seperti yang berlaku di Selatan Thai dan Ambon dimana saudara seIslam kita dibunuh dan diseksa oleh musuh kita sendiri.

Persoalannya, dimanakah pemimpin-pemimpin Islam ketika ini? Di manakah orang Arab yang dahulunya pernah memiliki Khalifah empat yang hebat? Di manakah orang Turki yang pernah memiliki Sultan yang membuka kota Constaninople? Di manakah bangsa Kurdi yang dari mereka lahirnya pemimpin yang membuka kota Baitul Maqdis? Dimanakah kalian?

Sesungguhnya bangkitnya Islam bukan bergantung kepada sesuatu bangsa atau keturunan. Ia bermula dengan mana-mana kaum atau bangsa yang mana Allah swt izinkan mereka menaikkan semula Islam di mata dunia dengan syarat bangsa atau kaum tersebut mestilah berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Khalifah Mu'tasim

Realiti pemimpin sekarang berbeza dengan Khalifah terdahulu. Amat berbeza. Ingin aku kongsikan satu cerita tentang Khalifah kerajaan Abbassiyah yang bernama Mu'tasim seperti yang kita selalu dengar.

Tatkala seorang wanita di kota Ammunriah (terletak antara Iraq Utara dan wilayah Syam) berteriak dan minta pertolongan kerana kehormatannya dinodai oleh seorang pembesar Romawi, kemudian ia berteriak : ”Dimana engkau wahai Mu’tasim?!” Maka tak lama setelah berita teriakan wanita itu sampai ke telinga Mu’tasim, lalu beliau bangkit dan menjawab panggilan wanita itu, "Ya, wahai ibu! Sayalah Mu'tasim yang ibu panggil. Lalu beliau segera mengerahkan bantuan dan memenuhi panggilan itu dengan mengerahkan pasukan tentera kaum Muslimin. Beliau menulis surat kepada pemerintah Ammunriah yang berbunyi:

"Daripada hamba Allah yang bernama al-Mu'tasim kepada anjing Rom! Apabila suratku ini telah sampai kepadamu hendaklah kamu membebaskan wanita berkenaan. Jika engkau tidak membebaskan wanita tersebut, aku akan mengirimkan bala tenteraku yang kepala barisannya berada di Kota Ammuriah, sedangkan ekornya berada di Kota Baghdad yakni akan aku gunakan keseluruhan bala tentera dan umat Islam untuk menyelamatkan seorang wanita yang telah engkau tawan."

Ya, seramai itu untuk menyelamatkan seorang wanita! Inilah harga diri, maruah dan kewibawaan orang Islam sehingga mereka tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun wanita itu hanyalah wanita bawahan, rakyat biasa yang tidak dikenali. Inilah tanggungjawab sebenar seorang pemimpin atau Khalifah menjaga keselematan individu Muslim dan menjaga empayar Islam agar tidak disentuh oleh mana-mana pihak dikalangan musuh-musuh Allah dan RasulNya.

Dengan pasukan ini bangsa Romawi diperangi dan dengan dikalahkan dengan mudah. Kekuatan mereka dapat dipatahkan dan Kota Ammuriah ditakluki. Jumlah korban dari pihak musuh mencapai 30.000 orang dan jumlah orang yang ditawan juga 30 000 orang.

Bolehkah kita bayangkan demikianlah, hanya untuk membela dan melindungi seorang wanita saja, Khalifah Mu’tasim telah mengerahkan demikian banyak pasukan, dan bahkan menaklukkan bangsa Romawi yang telah melanggar kehormatan umat Islam.

Itu barulah yang dinamakan lelaki pelindung wanita celupan Islam! Bukannya menambah pencabulan terhadap kehormatan seorang wanita. Jadi, akhir kata, aku berharap satu hari kita akan lihat pemimpin Islam yang hebat seperti dulu. Aku tak mahu pemimpin yang hanya gemar berfoya-foya menghabiskan khazanah negara, menindas rakyatnya sendiri, dan lain-lain. Aku mahukan pemimpin yang berjiwa Islam dan berjiwa rakyat.

Sebelum habis, marilah kita sama-sama renung akan hadis Nabi saw ini:

Sabda Rasulullah saw: “Akan tiba masanya umat-umat lain akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat islam) sebagaimana orang mempelawa satu sama lain kepada dulang makanan yang besar (menjamah hidangan makanan) . Seorang sahabat bertanya “apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ghutha` (sampah sarap dan buih) di atas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan dia akan campakkan dalam hati kamu penyakit al-wahn.” Seorang sahabt bertanya pulak ” Ya Rasulullah apakah dia al-wahn itu?” Jawab Rasulullah “cinta dunia dan takut mati” (Riwayat Abu Daud. Al-Albani menilainya sebagai sahih).

P/S: Posting ini aku tujukan untuk diri aku sendiri. Tidak menuju kepada mana-mana individu atau mana-mana pihak. Sekadar pendapat peribadi yang mungkin benar dan mungkin salah. Jikalau salah mohon dibetulkan dengan hikmah. Peace.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-56158682921864636892012-02-14T14:36:00.000-08:002012-02-14T14:36:26.636-08:00Spring's Gift.
“I envy the sand that met his feet

I’m jealous of honey he tasted sweet

Of birds that hovered above his head

Of spiders who spun their sacred web

To save him from his enemies

I envy clouds formed from the seas

That gave him cover from the heat

Of a sun whose light could not compete

With his, whose face did shine so bright

That all was clear in blinding night

I envy sightless trees that gazed

Upon his form completely dazed

Not knowing if the sun had risen

But felt themselves in unison

With those who prayed, and fasted too

Simply because he told them to

With truth and kindness, charity

From God who gave such clarity

His mercy comes in one He sent

To mold our hearts more heaven bent

I envy all there at his side

Who watched the turning of the tide

As truth prevailed and falsehood fled

And hope restored life to the dead

Men and Women through him found grace

To seek together God’s noble face

I envy the cup that gave him drink

His thoughts that helped us all to think

To be one thought that passed his mind

Inspiring him to act so kind

For me this world is not one jot

If I could simply be a thought

From him to God throughout the ages

As revelation came in stages

I pity all who think it odd

To hear him say there is one God

Or he was sent by God to men

To hone their spirits’ acumen

It’s pride that blinds us from the sight

That helps good men to see his light

He taught us all to be God’s slaves

And he will be the one who saves

Humanity from sinful pride

Muhammad has God on his side

So on this day be blessed and sing

For he was born to grace our Spring

With lilies, flowers, life’s rebirth

In a dome of green like his on earth”

(Hamza Yusuf)

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-47545628070161325662012-01-14T19:14:00.000-08:002014-10-19T11:47:47.426-07:00Cinta.

Assalamualaikum brothers and sisters. Semoga sahabat semua sihat dari segi iman dan jasmani. Posting kali ini saya nak kongsi tentang satu topik yang sering kali dibicarakan dalam kalangan remaja seperti saya dan rakan-rakan saya yang lain iaitu cinta dan kahwin. Aduh apasal aku boleh tercakap pasal benda ni.

Cinta.

Cinta itu fitrah. Ia adalah satu perasaan yang Allah swt campakkan dalam hati setiap insan agar dia berkasih sayang sesama mereka. Cinta ini termasuklah cinta kepada ibu bapa, cinta kepada guru, cinta kepada sesama Muslim dan cinta yang paling agung dan mulia ialah cinta kepada Allah swt dan Rasul. Bagaimana pula cinta kepada insan yang berlainan jantina? Salah ke dalam Islam? Pelik ke kalau ada perasaan itu sekarang?

Persoalan itu semua sering bermain diminda sesiapa sahaja yang memiliki perasaan tersebut. Ingat! Islam itu tidak sempit. Ia tidak menghalang atau mematikan fitrah. Jadi seseorang itu tidak salah untuk bercinta TETAPI dengan syarat cinta itu mestilah dipandu dengan batas-batas yang digariskan oleh syariat Islam.

Realiti sekarang cinta mesti dikaitkan dengan couple yang akhirnya menjurus kepada zina. Mungkin inilah sebab dan punca mengapa orang yang sudah semakin kuat agamanya cuba mengharamkan cinta dalam hidupnya, I mean sebelum kahwin. Cinta itu indah, tetapi istilah itu telah dirosakkan oleh manusia yang tidak pandai menjaganya dengan menggunakannya ke jalan yang haram menyebabkan perasaan bercinta itu sendiri dipandang berdosa.

Dalam al-Quran ada disebutkan tidak tentang cinta? Sudah tentu ada. Lihat firman Allah swt:

“dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”. (Surah al-Baqarah: 235)

Ayat di atas membicara larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya. Ini kerana hukum edah mempunyai banyak maslahah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.

Kadang-kadang kita mungkin selalu dengar dari orang yang agak anti-cinta ini tentang satu hadis berbunyi:

"Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid."

Hadis ini sebenarnya adalah PALSU.

Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:

Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis ini maka wajib dipukul dengan keras dan dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan di kalangan ulama ada yang menghalalkan darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis (palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid), lalu Yahya bin Ma‘in berkata: “Darah orang ini halal”

Bahkan ada hadis Nabi saw yang sahih berkaitan cinta. Nabi s.a.w pernah bersimpati dengan Mughith bekas suami Barirah yang masih mencintai isterinya itu. Tangisan dan rayuan cintanya mendapat simpati Nabi s.a.w. Dalam riwayat al-Bukhari daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, katanya:

“Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba bernama Mughith. Aku seakan masih terbayang dia mengikuti Barirah dari belakang serta menangis sehingga airmatanya mengalir atas janggutnya. Nabi s.a.w berkata kepada ‘Abbas: “Wahai ‘Abbas, tidakkah kau hairan melihat cintanya Mughith kepada Barirah dan bencinya Barirah kepada Mughith?”. Lalu Nabi s.a.w berkata (kepada Barirah): “Tidak mahukah jika engkau kembali kepadanya”. Barirah berkata: “Apakah engkau memerintahkanku?”. Nabi s.a.w bersabda: “Aku hanya mencadangkan”. Kata Barirah: “Aku tidak memerlukan dia”.

Nabi s.a.w tidak melarang Mughith membuat rayuan cinta, bahkan bersimpati dan cuba memujuk Barirah. Namun Barirah enggan, maka tiada paksaan dalam cinta.

Begitulah gambaran sebenar Islam tentang cinta yang selama ini kita seakan mengharamkannya sedangkan Islam berikan jalan yang luas asalkan tidak melampaui batas syara'.

Jadi, buat sesiapa yang dah berkenan kat seseorang itu atau dah syok dilamun cinta eloklah cari jalan untuk menghalalkan perhubungan tersebut. Minta petunjuk Allah swt agar setiap yang kita lakukan bukan menuju murka Allah swt tetapi menuju redha Allah swt.

Ingat, kita tidak boleh menolak cinta kerana ia satu perasaan yang Allah swt letakkan dalam hati kita, namun terpulanglah kepada kita sama ada hendak memandu perasaan cinta itu dengan iman atau dengan nafsu. Redha Allah swt kita cari, murka Allah swt kita jauhi. Sekian.

Beberapa points aku petik di sini.

Topik kahwin menyusul....hehe.Unknownnoreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-56304095452416217192012-01-07T21:53:00.000-08:002014-10-19T11:49:26.430-07:00Hakikat Ujian.

(Gambar poyo ini hanya hiasan. Hoho.)

Assalamualaikum sahabat yang membaca, moga anda semua sihat dan sentiasa dibawah rahmat Allah swt.

Siapa di sini yang tidak pernah diuji oleh Allah walau sedikit pun. Setiap insan bakal diuji Allah swt.

Firman Allah: (maksudnya)

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya." (Surah al-Baqarah 155-157).

Namun begitu, setiap insan diuji oleh Allah swt sesuai dengan kadar kemampuan dirinya sendiri untuk menghadapi ujian tersebut. Hal ini selari dengan firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya."

Sebenarnya, ujian ini bukanlah sesuatu yang buruk kalau kita benar-benar faham. Kalau kita sedar, ujian mendekatkan kita dengan Allah swt. Seorang kaya yang sombong, pasti sujud kepada Allah swt setelah ditimpa kepadanya sesuatu. Seorang pelajar yang takbur dengan kecemerlangannya dalam pelajaran pasti akan kembali dekatkan dirinya kepada yang Maha Esa setelah diuji kepadanya kegagalan. Dan ingatlah setiap ujian yang kita dapat Allah swt memberi pahala sebagai ganti. Buktinya dalam hadis Nabi saw:

“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa).” (Riwayat Muslim).

Seperti aku, aku tidak lepas juga dengan ujian Allah swt. Aku diuji dengan bermacam ujian. Dari segi akademik, hubungan aku sesama manusia, fizikal dan mental(Ada ke ni? haha) dan lain-lain. Pada mulanya mestilah aku berasa amat sedih dan dukacita dengan ujian yang aku dapat. Nak pula ujian itu aku rasa macam berat pula. Macam-macam benda syaitan hasut minda aku supaya fikir bukan-bukan. Nasiblah aku ada sahabat-sahabat yang baik yang dapat memperingatkan aku.

Dukacita dengan ujian itu perkara biasa bagi setiap insan. Namun begitu, kita seharusanya bersikap positif dengan ujian yang kita terima. Percayalah, setiap ujian itu sebenarnya Allah swt nak kita dekatkan diri kepadaNya. Mungkin sebelum ini kita selalu berdoa dan meminta kepada Allah swt. Lepas itu, kita leka dengan dunia lalu lupakan Allah swt. Dengan rahmat Allah swt, Dia bagi kita sedikit ujian hanya kerana Dia rindu nak mendengar suara kita yang selalu merintih kepadaNya dahulu. Sweet bukan. Hehe.

Namun dalam kesedihan kita apabila ditimpa ujian, kita sering berdoa agar diberi jalan keluar atau penyelesaian terhadap masalah atau ujian yang kita hadapi. Allah swt yang Maha Mendengar rintihan hambaNya yang memiliki sifat Pengasih dan Penyayang, memakbulkan hajat atau doa kita. Sebagai contoh, kita sebelum ini gagal dalam pelajaran lalu kerana itu kita selalu berada dalam dukacita kerana ujian yang Allah swt berikan kepada kita. Setiap hari kita berdoa kepada Allah swt agar diberi kejayaan kepada kita. Dengan berkat dan kesungguhan kita berdoa dan berusaha akhirnya dia makbulkan. Lalu gembiralah kita dengan apa yang diberikan olehNya. Persoalan yang paling penting ialah bagaimana hubungan kita dengan Allah swt selepas itu?

Aku amat takut jika diri aku ini berpaling kepada Allah swt setelah dia berikan nikmat kepada aku. Ketika aku dalam kesusahan dan dalam ujian yang berat, Dia memakbulkan segala permintaan aku. Namun bila aku dah dapat semua itu, apakah wajar aku lupakan Dia? Naudzubillah. Mudah-mudahan hubungan kita dengan Allah swt bertambah rapat dari hari ke hari. Jangan kita jadi hamba yang sombong kepada Allah swt sudah. Dulu waktu susah bukan main lagi berdoa, solat hajat dan lain-lain. Bila dah dapat enjoy sakan sampai solat tinggal pun tak kisah. Hmm.

Kesimpulannya kat sini ialah kita sebagai hamba Allah swt yang lemah ini perlulah meletakkan Allah swt sebagai tempat kita bergantung semata-mata. Memang lumrah bagi setiap manusia dia diuji. Firman Allah swt:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Al-Ankabut : 2-3)

Jadi, sama-samalah kita memuhasabahkan diri kita ini. Janganlah cepat melatah apabila ditimpa ujian. Carilah kemanisan dalam ujian tersebut nescaya kita akan reda dengan segala ujian yang mendatang. Tulisan ini aku tujukan sebagai peringatan untuk diri aku sendiri dan sahabat yang lain. Akhir kata, "La Tahzan, Innallaha Ma'ana" :)

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-34848601127960779212011-12-22T16:35:00.000-08:002011-12-22T16:35:14.926-08:00Dunia dan Akhirat.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-4844296350376207152011-11-01T10:48:00.000-07:002014-10-19T11:52:05.766-07:00Manusia berbeza. Dihina atau dihargai?

(Sekadar gambar hiasan.)

Assalamualaikum wbt. Apa khabar? Lama pula tak update blog nih. Busy and kekeringan idea. Alhamdulillah hari ini aku diberi idea untuk menulis tentang satu topik iaitu, 'Manusia berbeza. Dihina atau dihargai?'.

Kita sebagai manusia atau khalifah Allah di muka bumi ini ada tanggungjawabnya. Apa tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah? Firman-Nya:

"Aku tidak menciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembah-Ku." (Adz-Dzariat: 56)

Jadi, apakah kita hidup dalam keadaan kita sedar siapa kita atau mengapa kita diciptakan? Bagi yang belum sedar, ini masa yang sesuai untuk kita sedar tentang hakikat kehidupan kita sebagai manusia.

Allah swt menciptakan manusia berperingkat seperti yang dinyatakan dalam al-Quran:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.;Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat." (Al-Mukminun: 12-16)

Allah yang Maha Mencipta menjadikan manusia itu berbilang bangsa dan kaum. Ada yang gelap, ada yang cerah. Mengapa begitu?

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)" (Al-Hujuraat: 13)

Namun begitu, apa yang aku perhatikan ramai orang kurang gemar akan manusia yang berbeza ini. Tak kisahlah berbeza dari sudut fizikal dan mental. Bagi mereka, insan seperti ini harus dipinggir dan dibiarkan keseorangan. Bukan itu sahaja, mereka juga bermurah hati dengan 'menyedekahkan' gelak tawa, sindiran, kutukan dan umpatan kepada insan seperti itu. Kenapa? Hanya kerana dia berbeza...

Aku pun tak terlepas daripada buat macam itu. Ya, aku hanya manusia biasa. Namun, aku agak tersentuh dan tersedar selepas aku bertemu dengan orang yang secara fizikalnya memang lain dari yang biasa. Kesian aku tengok dia, semua tidak gemar duduk disebelahnya. Mungkin malu rasanya. Apalah salah dia weh? Aku yakin dia tak mintak dilahirkan macam itu. Aku juga yakin selepas solat dia tak pernah berdoa untuk Allah jadikan dia begitu. Tetapi atas kehendak dan ketetapan Allah. Dia jadi begitu. Ada hikmah disebalik setiap penciptaan Allah hanya bagi mereka yang berfikir.

Ramai masyarakat mungkin tidak akan mendekati orang sebegitu. Paling jahat pun mereka akan mentertawakan, mengejek, sindir dll. Paling baik pun mereka membiarkan sahaja. Namun, berapa ramai yang mahu bersama-sama dengan insan berbeza itu? Insya'Allah ada sahaja manusia yang berhati mulia di dunia ini.

Persoalannya, kenapa kena rasa jijik akan orang sebegini? Tidakkan kita berasal dari tempat yang sama. Tuhan kita sama. Kita semua faham semua benda di dunia ini adalah ciptaan Allah. Jadi, kalau mulut kita ringan untuk mengutuk sesuatu kejadian, tidakkah ia sama dengan mengutuk Allah? Naudzubillah.

Seharusnya, kita mungkin boleh jadikan insan ini sebagai seseorang yang patut kita hargai. Kenapa? Kerana kita akan lebih bersyukur kepada Allah kerana kita tidak diletakkan pada tempat dia. Mereka juga manusia. Inginkan kawan dan sokongan seperti kita semua. Jadi berlakulah adil kepada insan berbeza ini. Tidak ada siapa yang sempurna dalam dunia ini. Semua nikmat Allah boleh tarik bila-bila masa saja. Rasa diri cantik, kacak, sempurna? Allah boleh tarik balik nikmat tersebut pada bila-bila masa sekiranya kita tidak bersyukur.

Akhir kata, ambillah iktibar melalui penciptaan manusia itu sendiri. Sesungguhnya aku nasihat untuk diri aku sendiri terutamanya dan sahabat yang lain agar sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan sesekali kita menghina atau menganiayai orang yang berbeza dengan kita. Sebab kita tak tahu mungkin satu hari kita akan berada di tempat mereka dan waktu itulah kita akan merasai apa yang selama ini kita buat pada mereka. Sekian sahaja. Assalamualaikum.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-76904781141692957412011-10-08T11:53:00.000-07:002014-10-19T12:00:11.496-07:00Usrah: Tutup Aib.

Assalamualaikum wbt. Apa khabar oit? Macam mana dengan amalan kita? Selalu tak kita baca al-Quran? Terlalu sibukkah kita? Kita boleh baca buku lain seperti novel, majalah, dan bahan bacaan lain sampai boleh habiskan buku tersebut tak sampai sebulan tapi satu muka surat al-Quran pun kita tak mampu nak habiskan. Kenapa eh? Hmm. Sama-samalah kita muhasabah diri. Aku pun kadang-kadang lalai juga. Sesungguhnya hati tanpa al-Quran ibarat rumah kosong yang usang. Naudzubillah. Mintak jauh. Dapat baca setengah muka pun jadilah dari tak baca langsung.

“..jangan kamu mencari-cari keaiban orang muslim kerana sesiapa yang mencari keaiban orang muslim Allah akan mendapatkan keaibannya. Sesiapa yang Allah dapat keaibannya, maka didedahkan sekalipun dalam rumahnya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud/ disahihkan al-Albani)

Topik usrah kali ini bertajuk "Tutup aib".

Sebelum itu, aku nak bagi satu situasi. Contohnya, Abu sedang melepak dengan kawannya. Lepas itu, dia cakap, "Weh, semalam aku minum arak dowh." Hmm ok. Apa yang kita dapat lihat melalui apa yang Abu cakap tadi? Secara tidak langsung dia seolah-olah bangga berbuat dengan dosa dan yang paling penting dia telah buka aib dia sendiri. Lepas itu kawan Abu pun hebohkan perbuatannya yang minum arak kepada orang lain. Itu juga berdosa kerana telah buka aib orang lain. Ingin aku kongsikan satu hadis Nabi saw:

“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim)

Nampak tak bahawa Islam amat mementingkan kita supaya tutup aib kita dan saudara Muslim kita. Kenapa kita sibuk nak bukakkan?

Nabi s.a.w sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”. (Riwayat Muslim)

Lihatlah bawah Nabi saw bukan diutuskan untuk menghukum manusia seperti mana beberapa kelompok agama dinegara kita yang hanya tahu menghukum bukannya membetulkan. Itu bukannya tugas seorang pendakwah. Berdakwah ikutlah cara Nabi saw.

Dosa kita biarlah kita dan Allah sahaja tahu. Taubat kita hanya Allah sahaja yang tahu. Tak perlu untuk kita menceritakan dosa kita kepada orang lain atau ceritakan dosa orang lain. Apa faedahnya? Suka kita kalau orang malukan kita? Suka ke malukan diri sendiri? Sama-sama fikirkan.

Jom sama-sama kita beringat. Dosa kita sebenarnya ditutup oleh Allah dengan rahmatNya sampai kita boleh berjalan dengan bangga di depan orang ramai seolah kita ini suci. Sebenarnya kita ini tak suci. Penuh dengan dosa. Cuma dosa kita tidak didedahkan kepada manusia sahaja. Kata al-Imam Ahmad dengan linangan airmata ketika dia dimuliakan:

“Kami ini kesian. Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan terdedah aib kami”.

Akhir sekali, sama-samalah kita befikir sejenak untuk bermuhasabah diri tentang apa yang kita sudah lakukan untuk diri kita dan orang lain. Kita buat baik ke atau buat benda yang tak baik. Kadang-kadang kita syok berborak, kita tak sedar yang kita dah buka aib saudara Muslim kita. Aku pun tak terlepas daripada semua ini. Jadi jomlah sama-sama kita sedar dan berubah.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-58383530844006686562011-10-08T09:57:00.000-07:002014-10-19T12:00:44.925-07:00Random Quote.

"Some girls claim they want a good guy, but when they meet one, he’s “just a friend.” They they fall for the player & get their heart broken. Then have the nerve to say “all guys are the same."

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8311444317895638739.post-63328797998590808812011-10-06T18:01:00.000-07:002014-10-19T12:01:47.981-07:00Niat dan Orang Melayu.

Assalamualaikum. Apa khabar? Moga baik-baik sahaja. Insya'Allah. Post kali ini aku tergerak nak bercakap pasal niat. Setiap manusia itu berniat dan apa yang mereka buat itu adalah dengan niat.

Apa itu niat?

Well, aku rasa korang semua tahu apa maksud niat. Kita pernah belajar dulu time sekolah menengah.Tak perlu aku explain lagi disini. Cuma aku nak kongsi satu hadis tentang niat:

“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Setiap amal itu bermula dengan niat. Bererti segala apa yang kita buat dalam kehidupan seharian kita sebenarnya bermula dengan niat. Sama ada baik atau buruk itu terpulang kepada kekuatan iman masing-masing.

Cumanya apakah niat itu dalam hati atau perlu dilafazkan? Terkadang kita sebagai orang Melayu selalu menyalah ertikan niat dengan melafazkan niat tersebut. Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kita kerana telah diajar dibangku sekolah dahulu oleh ustaz dan ustazah tentang niat. Sebagai contoh niat solat. Untuk memahami niat solat kita disuruh melafazkan niat tersebut satu persatu seperti dalam buku teks. Hmm. Aku dulu pun macam itu juga. Tak mahu salahkan sesiapa. Tapi kita wajar berfikir kembali. Niat kena lafaz kuat ke?

Waktu aku solat Jumaat dulu, ada sorang makmum sebelah aku punyalah susah nak berniat. Kesian aku tengok. Imam dah bertakbir sampai dah nak ruku' dia asyik sebut "Usholli...". Biasa orang yang lafaz niat berulang-ulang kadang-kadang disebabkan was-was atau kononnya niat belum masuk. Inilah akibatnya kalau kita salah faham tentang maksud niat.

Niat adalah lintasan hati. Ia adalah perbuatan hati. Bukannya lidah. Tak mungkin seseorang yang ambil wudhu' kemudian duduk dalam saf solat lepas itu kata tiada niat. Mustahil! Sudah tentu kita dah ada niat. Mengapa kita masih nak sebut "Usholli..." kononnya baru nak berniat buat apa.

Kita minum air, makan nasi, pergi kelas semua dengan niat. Bereti lintasan dalam hati kita nak buat apa yang kita nak. Tak pula kita lafaz, "Sengaja aku pegang gelas ini kerana hendak minum...". Ini langsung tak masuk akal. Sehingga kadang-kadang boleh mendatangkan was-was dalam solat.

Dr. Yusuf al-Qaradawi ada berkata tentang masalah ini:

Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu mudah, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was.”

Bahkan Syeikhul Islam ibn Taimiyyah berkata sesungguhnya lafaz niat ini adalah cacat pada akal dan agama.

"Bahkan melafazkan niat itu adalah cacat pada akal dan agama. Adapun pada agama kerana ia adalah bid’ah . Adapun pada akal, kerana ia seperti orang yang hendak makan sesuatu makanan lalu berkata: “Aku berniat meletakkan tanganku pada bekas ini kerana aku hendak mengambil satu suap darinya, lalu aku letakkannya dalam mulutku, lalu aku kunyah kemudian aku menelannya supaya aku kenyang”. Sama seperti orang yang menyebut: “Aku niat bersolat fardu ini pada masuk waktunya, empat rakaat dalam jamaah, tunai kerana Allah”. Ini semua adalah bodoh dan jahil. Ini kerana niat adalah kesampaian pengetahuan. Apabila seseorang hamba Allah tahu apa yang sedang dia buat, maka dengan sendirinya dia telah berniat perkara itu. Tidak terbayang dengan wujud pengetahuan dalam akalnya, untuk dia melakukan sesuatu tanpa niat. Tidak mungkin pula tanpa pengetahuan, terhasilnya niat. Telah sepakat para imam yang empat bahawa menguatkan suara dalam berniat dan mengulanginya tidak disyariatkan. Bahkan sesiapa yang terbiasa dengan itu hendaklah diberi hukuman (untuk mengajarnya) bagi menghalangnya melakukan ibadah secara bid’ah dan mengganggu orang ramai dengan mengangkat suara" (al-Fatawa al-Kubra, 2/95).

Jadi, fahamlah kita bahawa niat itu kerja hati, bukannya lidah. Dan tak masuk akal bagi orang yang kata dia tak masuk niat lagi ke atau belum berniat ke. Itu semua tipu daya Iblis untuk memasukkan was-was dalam hati manusia. Aku pun pernah mengalami benda ini semua. Sama-samalah kita ambil pengajaran dan iktibar. Cukuplah di sini dulu. Jumpa lagi next post.

P/S: Ini hanyalah sekadar pendapat aku berserta hujah-hujah yang diambil daripada ilmuwan-ilmuwan Islam yang mempunyai kefahaman yang jauh lebih luas dari aku tentang Islam.

Unknownnoreply@blogger.com0