Thursday, January 7, 2016

Ujian...ujian...ujian...

Suatu hari Ali berniat untuk berhenti dari melepak dengan kawan-kawan yang terlalu bersosial. Dia nekad untuk berubah dan mahu menggunakan masa senggangnya untuk belajar ilmu Al-Quran.

Syukurlah di hujung kampungnya ada rumah seorang ustaz yang selalu mengajar budak-budak kampung mengaji al-Quran. Ali bercadang untuk berguru dengan ustaz tersebut walaupun jarak rumah ustaz dengan rumahnya boleh tahan jauh juga.

Suatu petang, Ali memulakan perjalanannya ke rumah ustaz dengan menunggang sebuah motorsikal lama milik ayahnya.

Tetapi...ia tidak semudah yang disangka.

Ketika dalam perjalanan Ali bertemu pelbagai jenis ujian. Antaranya:

1. Motor Ali tiba-tiba tayar pancit. Lalu Ali berhenti di workshop berdekatan untuk isi angin.
2. Ada pemandu kereta memandu secara gila sehingga melanggar Ali. Syukur Ali tidak alami apa-apa kecederaan. Tapi motor saja yang rosak. Side mirror patah.
3. Hujan lebat tiba-tiba turun. Ali basah kuyup.

3 ujian je. Tapi ada satu tahap hati Ali pernah dibisik oleh syaitan untuk tidak meneruskan niatnya untuk mengaji al-Quran.

Syaitan mungkin berbisik,

1. "Kau betul ke nak pergi mengaji ni? Macam susah je kan perjalanan kau nak ke sana. Petanda tak baik ni. Baik patah balik je. Lepak dengan kawan-kawan kau haritu."

2. "Nak pergi belajar al-Quran ni susah kan? Lain kali jela pergi. Mana ada nak buat benda baik ni susah-susah. Nak buat benda baik mestilah senang dan mudah je kan?"

Tetapi...nak tahu Ali dimana?

Ali di rumah ustaz sedang belajar mengaji dengan bersungguh. Satu kepuasan buat Ali kerana berjaya  melakukan sebuah kebaikan. Walaupun disaji dengan beberapa rintangan.

Kalau Ali dengar bisikan syaitan tadi mungkin Ali tak belajar mengaji pun. Bahkan mungkin Ali tidak akan berubah pun. Yang gembira siapa? Tentulah Syaitan!

Moral:

Nak buat baik pastilah ada ujian. Tipu lah kalau ada orang kata dia buat kebaikan mudah je. Tiada struggle langsung.

Nabi saw pun buat kebaikan. Lebih banyak dan jauh lebih baik dari kita. Dahlah dia Nabi. Kekasih Allah pula tu. Tapi ujian dia? Masya Allah! Besar lagi dari kita.

Bagi sesiapa yang inginkan kebaikan dan sedang lakukan kebaikan. Percayalah ujian akan datang dari segala sudut arah. Syaitan pula akan memainkan peranannya untuk menghasut kita agar mudah berputus asa. Jangan! Tolong jangan! Abaikan je. Seriously!

Kita tahu kita niat untuk buat kebaikan. Kita mulakan dengan permulaan yang baik. Contoh tadi Ali niat untuk belajar al-Quran. Untuk menuju ke arah itu dia gunakan cara yang halal. Dia tak gunakan motor curi. Dia tak bawa motor macam mat rempit sehingga menyusahkan orang lain.

Takkanlah Allah swt yang Maha Adil, nak zalimi hambaNya yang ingin buat kebaikan dan dekatkan diri kepadaNya. Mustahil!

Habis ujian tadi?

Secara positifnya kita boleh kata mungkin: 

1. Ujian tadi adalah sebagai tarbiyah buat Ali.
2. Ujian tadi mungkin untuk hapuskan dosa Ali.
3. Allah nak uji kesungguhan Ali untuk mencariNya.
4. Allah nak angkat darjat Ali.
5. Allah nak latih Ali jadi orang yang SABAR dan TAWAKAL.

Selebihnya Allah lebih Mengetahui. 

Harap bermanfaat.